Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kepak Ayam Masak Sambal Hijau

Resepi Kepak Ayam Masak Sambal Hijau. Sambal hijau dibuat daripada cili hijau dan cili padi. Jangan campur langsung dengan cili merah. Nanti warnanya berubah.. hihi, kemudian rasanya pun lain.

Saya mula kenal sambal hijau ketika duduk serumah dengan kawan dari BP. Waktu itu rasa pelik jugak, iyalah.. biasa sambal warna merah. Siap cakap dia salah masak. Kami sempat bergaduh jugak la.. rupa-rupanya memang ada sambal hijau. Buat pedas gila kemudian lebihkan ikan bilis. Makan dengan ubi rebus. Aisshh... terliur pulak.

Oh ya, resepi kat bawah nanti saya guna sukatan gram. Kalau korang tak berapa faham, boleh agak-agak je.. insyaa Allah rasanya tetap sedap.

Resepi Kepak Ayam Masak Sambal Hijau

Resepi Kepak Ayam Masak Sambal Hijau


Bahan-bahan:

400 gram kepak ayam
30 gm air asam jawa
Minyak masak
Gula dan garam
Tomato kecil sebagai hiasan

Bahan kisar:

25 gram cili hijau
15 gram cili padi
20 gram bawang besar
20 gram bawang merah
20 gram bawang putih
15 gram serai
5 gram kunyit

Cara menyediakan Kepak Ayam Masak Sambal Hijau 


1. Perap ayam dengan bahan kisar dan kemudian goreng hingga separuh masak. Angkat dan toskan.

2. Lebihan perapan ayam, di tumis sehingga kekuningan dan bau wangi.

3. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi, masak dengan api yang kecil sehingga ayam menyerap bahan tumisan.

4. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan sedia dihidangkan.

Resepi Kepak Ayam Masak Sambal Hijau

Selesailah sudah masak memasak kita hari ni, iaitu resepi kepak ayam masak cili hijau atau sambal hijau. Biasanya kita masak dengan cili kering, kali ni kita masak guna cili warna hijau saja. Sedap taw.. tak caya cubalah.

Anda boleh tukar kepak dengan bahagian ayam yang lain, terpulang. Bahagian dada ayam pun sedap, banyak daging.. selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close