Resepi Mee Bandung Sedap Yang Buat Anda Terliur. Maaf ya sebab letak tajuk yang panjang. Biar buat mata anda besar sikit bila tengok resepi ni. Resepi mee bandung biasa je, bukan mee bandung muar. Kalau mee bandung muar yang tukang masaknya dan lokasi kedainya di Muar. Memang hebat tempat tu, sedap mee bandung dia. Alhamdulillah.. dah rezeki dia orang.
Mee bandung nak buat pun mudah. Semua orang boleh cuba. Kuah dia sedap pakai stok udang. Kalau makan kat kedai seafood, anda akan rasa mee bandung dia langsung tak rasa stok udang. Cuma rasa sos aje.. dengan cili. Kemudian cair.. sebenarnya mereka bukan pakar masak mee bandung. Kalau nak mee bandung sedap, suruh emak kita masak yang ala kampung tu.. dijamin terliur.
Beza mee bandung dengan mee rebus ialah mee bandung telur ayam tu dipecah dalam kuah dan masak separuh, macam telur mata kerbau.. , kalau mee rebus telur ayam tu di rebus hingga masak. Jangan salah makan ya..
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning atau 1 kg (dicelur dan toskan)
100 gm udang (dibuang kulit)
100 gm sotong (dihiris)
1 paket bebola ikan (biar sebiji-sebiji)
2 keping fish cake (dihiris)
2 mangkuk air rebusan kulit udang (stok)
(atau 1 kiub ayam + 2 mangkuk air)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 biji limau kasturi/limau nipis (belah 2)
2 biji telur
Sedikit sawi, cili merah (dihiris)
daun sup & daun bawang (dihiris)
1 biji tomato (dibelah)
bawang goreng
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili mesin atau cili boh
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar @ cili boh hingga garing.
2. Masukkan stok udang/ ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
4. Biarkan mendidih perlahan-lahan.
5. Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6. Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian pecahkan telur, seakan telur mata kerbau dan masak selama 2 minit.
7. Hidangkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk
Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/ bawang.
Nampak tak telur mata kerbau kat situ.. kalau makan mee bandung, telur tu yang dimakan last sekali.. haha

Resepi Mee Bandung Sedap

Bahan tumis:-
2 sudu besar cili mesin atau cili boh
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
5 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
Cara menyediakan mee bandung sedap hingga terliur
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih,
bawang merah & cili kisar @ cili boh hingga garing.
2. Masukkan stok udang/ ayam dan biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam.
4. Biarkan mendidih perlahan-lahan.
5. Masukkan udang, sotong, bebola ikan juga fish cake.
6. Masukkan sawi, hirisan tomato,kemudian pecahkan telur, seakan telur mata kerbau dan masak selama 2 minit.
7. Hidangkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk
Akhir sekali, tuangkan kuah ke atas mee, hias dengan bawang goreng, hirisan cili dan hirisan limau juga daun sup/ bawang.
Nampak tak telur mata kerbau kat situ.. kalau makan mee bandung, telur tu yang dimakan last sekali.. haha
Siap untuk dimakan. Tunggu sejuk dulu, nanti panas-panas makan melecur lidah.
Resepi mee bandung ni nampak je banyak tetapi sebenarnya cara nak buat mudah saja. Waktu masak pun ringkas tak macam nak masak sup ekor yang kena tunggu berjam.. hihi
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.