Sakit Adalah Penghapus Dosa-Dosa Kecil Kita Kepada Allah. Saya tuliskan entri ini sebagai dedikasi kepada diri sendiri, ahli keluarga, sahabat hadai dan juga sahabat muslim lainnya. Kita tentu percaya kepada Qada dan qadar Allah terhadap hambaNya. Yang termaktub di dalam rukun iman yang telah kita tanamkan dalam diri. Tinggi keyakinan kita kepada rukun iman yang enam itu, semakin kuat iman kita kepada Allah. Insyaa Allah.
Rasulullah saw. bersabda:
Sakit adalah penghapus dosa. Sakit itu ujian. Tanda Allah masih melihat kita, masih sayangkan kita melebihi yang lain. Sakit juga adalah hadiah agar kita refresh, menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa di sisiNya.
Tahukah anda bahawa orang sedang sakit yang berdoa, doanya dimakbulkan Allah. Kerana apa? Kerana kesakitan itu menjadikan hatinya lemah tak berdaya. Hanya berharap kepada ehsan Allah untuk menyembuhkannya. Pada ketika ini rayuannya yang lemah akan dimakbulkan oleh Allah.
Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita kepada Allah. Dosa-dosa kecil yang terlampau banyak yang kita lakukan setiap masa, mungkin sebanyak buih di lautan. Redhalah bila ditimpa ujian sakit, kerana ketika itu Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
Contoh dosa-dosa kecil adalah zina mata, zina hati, tidak pulangkan barang yang dipinjam, mengambil kasut orang lain sewaktu sembahyang Jumaat, membazir air ketika mandi, mengambil sesuatu dari tangan kiri dan banyak lagi.
Dosa-dosa kecil boleh menjadi besar bila kita ulangi dan ulangi lagi tanpa rasa berdosa kepada Allah. Dah lah ulang, kemudian rasa bangga pula tunjukkan perbuatan tersebut. Allahu..
Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 286 menyebutkan bahawa, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”.
Rasulullah saw. bersabda:
Besarnya pahala sesuai dengan besarnya ujian dan cubaan. Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla bila menyenangi suatu kaum Allah menguji mereka. Barangsiapa bersabar maka baginya manfaat kesabarannya dan barangsiapa murka maka baginya murka Allah. (HR. Tirmidzi).Sakit, sihat, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Ada orang yang tenang saja bila ditimpa sakit, langsung tidak mengeluh. Kerana apa? Kerana dia tahu Allah sayangkan dia.
Sakit Adalah Penghapus Dosa-Dosa Kecil Kita Kepada Allah
Sakit adalah penghapus dosa.. insyaa Allah |
Sakit adalah penghapus dosa. Sakit itu ujian. Tanda Allah masih melihat kita, masih sayangkan kita melebihi yang lain. Sakit juga adalah hadiah agar kita refresh, menjadi lebih baik dan lebih bertaqwa di sisiNya.
Tahukah anda bahawa orang sedang sakit yang berdoa, doanya dimakbulkan Allah. Kerana apa? Kerana kesakitan itu menjadikan hatinya lemah tak berdaya. Hanya berharap kepada ehsan Allah untuk menyembuhkannya. Pada ketika ini rayuannya yang lemah akan dimakbulkan oleh Allah.
Sakit itu penghapus dosa-dosa kecil kita kepada Allah. Dosa-dosa kecil yang terlampau banyak yang kita lakukan setiap masa, mungkin sebanyak buih di lautan. Redhalah bila ditimpa ujian sakit, kerana ketika itu Allah sedang menghapuskan dosa-dosa kecil kita.
Contoh dosa-dosa kecil adalah zina mata, zina hati, tidak pulangkan barang yang dipinjam, mengambil kasut orang lain sewaktu sembahyang Jumaat, membazir air ketika mandi, mengambil sesuatu dari tangan kiri dan banyak lagi.
Dosa-dosa kecil boleh menjadi besar bila kita ulangi dan ulangi lagi tanpa rasa berdosa kepada Allah. Dah lah ulang, kemudian rasa bangga pula tunjukkan perbuatan tersebut. Allahu..
Al-Qur’an surah Al-Baqarah ayat 286 menyebutkan bahawa, “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…”.
Maka seberat apapun ujian yang kita terima, kita pasti mampu melaluinya. Hanya saja, terkadang kita tidak menyedari sekuat apa diri kita, sebesar apa potensi dalam diri kita. Allah lebih mengetahui kemampuan kita, dan Dia bersama kita dalam setiap kesulitan, juga menjanjikan adanya kemudahan setelah setiap kesulitan, jika kita tidak menyerah menghadapinya. Memohonlah kepada-Nya dan bersabarlah, nescaya rahmat, berkah, dan keselamatan akan kita perolehi.
Alhamdulillah.. semoga ada manfaatnya perkongsian ini.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.