Telefilem Syurgaku Drama Sedih Menyayat Hati TV3. Hari ini, malam ini.. sekarang sedang ditayangkan drama sedih kisah keluarga di TV3. Drama hebat Syurgaku adalah kisah penuh pengajaran. Sedih betul menonton drama ni walau baru separuh jalan, tak henti-henti airmata mengalir.
Segala tutur kata, bicara, dialog dalam drama ini sungguh bermakna. Semoga kita semua dilimpahi taufik dan hidayah Allah.
Drama hebat ini diarahkan oleh Azmi Hatta. Antara pelakon yang terlibat adalah Norlia Ghani, Vanidah Imran, Azhan Rani, Arash Mohd dan ramai lagi.
Rahsia yang dilindungkan daripada keluarga akhirnya terbongkar dan keadaan semakin menjadi parah apabila anak lelakinya Anas mengetahui tentang rahsia ayahnya itu. Anas berubah menjadi dingin dan membenci ayahnya.

Telefilem Syurgaku Drama Sedih Menyayat Hati TV3
Gambar hiasan telefilem Syurgaku |
Telefilem Syurgaku adalah kisah seorang usahawan ternama yang sangat disegani dan dia juga merupakan seorang dermawan. Kehidupannya menjadi contoh dan idola ramai. Dia mempunyai syarikat hebat dan seorang isteri cantik bernama Rozieta. Hisham bingung kerana dia memiliki segalanya, namun dia adalah seorang ketua keluarga yang gagal. Ini kerana dia telah melupakan ibu kandungnya yang ditinggalkan di rumah orang tua.
Rahsia yang dilindungkan daripada keluarga akhirnya terbongkar dan keadaan semakin menjadi parah apabila anak lelakinya Anas mengetahui tentang rahsia ayahnya itu. Anas berubah menjadi dingin dan membenci ayahnya.
Sementara itu Rozieta isterinya telah berlaku curang dengan rakan kongsi suaminya dan semakin mengeruhkan keadaan.
Apakah akan terjadi kepada keluarga Hisham apabila ibunya yang disembunyikan muncul kembali. Mengapakah Hisham berbohong tentang ibunya yang masih hidup.
Semoga pengajaran dan cerita tauladan yang disampaikan dalam telefilem syurgaku dapat memberikan kepada kita sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan.
1 Comments
semalam saya dah tengok drama ni..ok juga jalan ceritanya
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.