Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Salad Mudah Dan Sedap

Aneka Koleksi Resepi Salad Mudah Dan Sedap. Sudah lama saya berangan nak kumpulkan koleksi aneka resepi salad yang mudah, sedap dan segar. Kalau boleh salad saya nanti mestilah yang bercitarasa Malaysia dan ala kampung. Maknanya, salad berasaskan daun pucuk ulam ulaman yang berceratuk di merata tempat. Nah kini, saya sempat kumpulkan aneka resepi salad mudah buat anda cuba. Tetapi kebanyakan resepi salad di bawah nanti adalah salad moden. Haha...

Apakah yang dimaksudkan dengan salad? Dari sumber wikipedia, salad ialah sejenis hidangan yang dihidang dalam jumlah yang kecil, yang sering digaul bersama sos. Salad boleh disediakan dengan menggunakan pelbagai jenis makanan termasuklah sayuran, buah, daging yang telah dimasak, telur dan bijirin. Salad taman lazimnya menggunakan sayur daun sebagai bahan asas; lazimnya penggunaan perkataan salad itu sendiri merujuk khusus kepada salad taman itu. Jenis yang lain termasuklah salad kacang, salad tuna, fattoush, salad Greek, and salad somen.

Sos yang digunakan untuk memperisakan salad sering dipanggil sos salad atau kuah salad; iaitu termasuklah yang terkenal seperti ranch, Thousand Island, dan vinaigrette.

Aneka Koleksi Resepi Salad Mudah Dan Sedap


Berikut adalah resepi salad yang saya kumpulkan untuk rujukan sendiri. Sebab saya suka makan salad, jadi kenalah cari resepi-resepi mudah.

1. Resepi Salad Udang Dan Sayur


Aneka Resepi Salad Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan: 

150 gram udang kupas, buang kepala dan kulitnya dan biarkan ekornya
1/2 sudu teh jus lemon
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk cili
100 gram kobis, carik kasar
100 gram kobis merah, hiris kasar
100 gram lobak merah, potong panjang dan hiris halus
1 buah timun jepun, hiris halus panjang
100 gram jagung manis, rebus (pilihan)

Dressing salad:

150 gram mayonese
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu teh jus lemon
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada putih

Cara penyediaan:



1. Lumur udang dengan jus lemon, garam, dan serbuk lada putih. Biarkan 15 minit.
2. Rebus udang dalam air mendidih sampai masak. Toskan. 

3. Dressing:  gaul rata mayones, sos tomato, jus lemon, garam, dan serbuk lada putih.

4. Sajikan salad dan udang dengan dressingnya.

2. Resepi Salad Ayam Panggang


Aneka Resepi Salad Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan:

2 ketul ayam (bahagian dada)
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil serbuk paprika
1 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
sedikit garam
Mixed salad leaves
Mayonese

Hiasan/ dressing:

Dijon mustard
1/2 perahan jus lemon
sedikit garam, gula dan pepper
Tomato - dihiris nipis

Cara-cara buat salad ayam panggang


1. Bersihkan ayam dan lap sehingga kering.

2. Potong dada ayam kepada 2 supaya menjadi nipis atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perap mudah meresap (optional)

3. Taburkan serbuk cayenne, paprika, parutan bawang putih, serbuk lada hitam, minyak zaitun dan sedikit garam.

4. Perap selama minimum satu jam..

5. Dalam bekas berasingan, rendam mixed salad dalam air sejuk. Biarkan seketika.

6. Menggunakan non stick pan, grill ayam selama lebih kurang 15-20 minit (atau sehingga keperangan dan masak. Apabila sejuk, hiris nipis.
7. Toskan salad dan potong kasar.

8. Campurkan ayam yang dihiris nipis, salad dan bahan hiasan termasuk tomato. Tambahkan mayonese di atasnya. Sedia dihidang.

Nota
Anda boleh menggunakan 'ready made' salad dressing yang dijual dipasaran sebagai ganti.


3. Resepi Salad Kentang 

Aneka Resepi Salad Mudah Dan Sedap

Bahan-bahan :

6 biji kentang
2-3 sudu besar mayonese
1 sudu besar lemon juice
1 sudu besar air
3-4 genggam daun bawang
Serbuk pati ayam & perasa

Cara-cara buat salad kentang yang sedap


1. Kentang dipotong kiub (saiz lebih kurang macam sebiji pemadam)
2. Rebus bersama dengan garam. Tos.

Penyediaan hiasan/ Dressing:

1. Dalam mangkuk yang lain, campurkan mayonese, lemon juice, air, serbuk pati ayam, & perasa sehingga sebati.

2. Gaul kentang yang sudah ditos dengan dressing dan daun bawang.

3. Simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam. Siap.

4. Resepi Salad Buah


Aneka Resepi Salad Mudah Dan Sedap
Gambar hiasan
Bahan-bahan:

2 biji epal hijau (dipotong dadu)
2 biji epal merah (dipotong dadu)
1/2 kilo anggur merah
1/2 kilo anggur hijau
2 biji mangga (dipotong dadu)
1 biji nanas (dipotong kiub)
3 biji belimbing besi (dipotong kiub)
1/2 biji tembikai susu (dipotong kiub)
3 cawan yogurt (perisa yang disukai)

Cara penyediaan:


1. Semua buah-buahan digaul dengan yogurt dan disimpan di dalam peti sejuk. 

2. Hidang kepada ahli keluarga dan makan bersama-sama. Boleh dimakan bersama 10 orang.

Secara keseluruhan, koleksi resepi salad mudah dan segar di atas mudah dicuba, senang nak cari bahan-bahannya dan yang penting rangup dimulut. Haha..., nak cuba? Dipersilakan cuba dan share kepada pembaca diluar sana. Sebenarnya nak buat salad ni mudah saja, sesiapa pun boleh buat. 

Selamat memasak untuk keluarga anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close