Cara Belanja Barang Dapur Untuk Program Diet Sihat Anda. Bila hati dah nekad nak berubah untuk kurus, anda jangan tunggu lama. Terus buat program diet sihat anda. Usah bertangguh melakukan kebaikan jika itu membawa manfaat yang besar kepada anda. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kesihatan. Program diet sihat memang memerlukan persediaan barang dapur yang sesuai dan sayuran hijau yang dicadangkan. Ingat ya.. ketika mengamalkan program diet sihat, sayuran hijau mesti di ambil setiap hari. Saya buat entri ni pun sebagai rujukan diri sendiri, manalah tahu amat berguna dalam masa panjang. Cara belanja barang dapur untuk program diet sihat ni juga berguna kepada pembaca blog ini yang mungkin sedang tercari-cari senarai belanja barang dapur untuk seminggu. Senang nak bajet dear.. hihi
Jangan risau atau rasa terbeban bila anda lihat senarai barang dapur untuk program diet sihat anda di bawah nanti. Kalau tak boleh beli seminggu, anda beli 2 hari sekali. Bukannya apa.. takut diet anda gagal jika tidak ada stok untuk makanan yang perlu diambil ketika program diet sedang berlangsung.
Nak diet memang kena ada modal, ada bajet. Kita kena berkorban sikit agar niat murni demi kesihatan yang lebih baik dapat dicapai.
Sebelum itu, kita kena ada contoh jadual diet yang sesuai dengan target diet kita. Ingat ya, tak mau program diet yang mengarut. Haha...
Dari sumber Kevinzahri (dari 100kg turun kepada 58kg dalam 1 tahun);
Makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yang dimasak sendiri. Lebih bagus masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)
7am: Sarapan saya makan roti wholegrain bersama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. Kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ ikan bersama sayur.
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)
Dah tengok jadual diet tu? Jom kita rancang belanja barang dapur seminggu untuk program diet sihat tersebut.
Amacam? Dah faham. Kena ada bajet, plan dan keazaman yang kuat. Pasang cita-cita nak kurus kerana apa? Supaya tak diserang obesiti. Sebab.. obesiti menyebabkan pelbagai penyakit timbul di kemudian hari. Menyesal kemudian dah tak berguna. Jangan dengar sindiran orang sekeliling yang merendahkan azam kita untuk sihat. Dengan mengamalkan program diet yang sihat, insyaa Allah kita boleh kurus dan sihat.
Semoga anda semua mendapat manfaat dengan tulisan saya berkaitan cara belanja barang dapur untuk program diet sihat anda. Selamat maju jaya!!

Cara Belanja Barang Dapur Untuk Program Diet Sihat Anda
Nak diet memang kena ada modal, ada bajet. Kita kena berkorban sikit agar niat murni demi kesihatan yang lebih baik dapat dicapai.
Sebelum itu, kita kena ada contoh jadual diet yang sesuai dengan target diet kita. Ingat ya, tak mau program diet yang mengarut. Haha...
Contoh jadual pemakanan program diet anda untuk seminggu
Dari sumber Kevinzahri (dari 100kg turun kepada 58kg dalam 1 tahun);
Makan sumber-sumber semulajadi seperti ayam, ikan, buah, sayur-sayuran yang dimasak sendiri. Lebih bagus masak sendiri dirumah berbanding makan diluar kerana kita boleh mengawal sukatan garam, gula, minyak dan sebagainya.
boleh kukus, grill, bakar, rebus :)
7am: Sarapan saya makan roti wholegrain bersama telur sebiji. air green tea.
10am: Makan epal sebiji.
12pm: Lunch saya makan nasi kurang segenggam, sayuran, ikan atau ayam bakar seketul.
3pm: Kunyah kekacang. Sebab kacang mengandungi lemak baik.. dua baris jari tangan kita pun dah cukup (lebih kurang 10-12 biji)
6pm: Dinner pula brgantung pada rutin saya. Kalau hari tu saya bersenam di gym saya akan minum susu bersama oat ATAU makan ayam/ ikan bersama sayur.
Seminggu sekali akan ada “cheat day” sebagai ‘reward’ (saya suka manisan, jadi saya akan reward diri saya dengan coklat) tetapi tidaklah makan mengikut nafsu, masih dalam kawalan)
Dah tengok jadual diet tu? Jom kita rancang belanja barang dapur seminggu untuk program diet sihat tersebut.
Telur - 1 papan
Buah limau / epal - 10 biji
Ayam - 1 ekor - potong 16
Ikan - 2 jenis - 5 ekor setiap satu
Sayur hijau - brokoli, sawi, bayam, salad
Kekacang - 1 bungkus
Roti wholegrain - 1 bungkus sedang
Oat - 1 bungkus
Buah limau / epal - 10 biji
Ayam - 1 ekor - potong 16
Ikan - 2 jenis - 5 ekor setiap satu
Sayur hijau - brokoli, sawi, bayam, salad
Kekacang - 1 bungkus
Roti wholegrain - 1 bungkus sedang
Oat - 1 bungkus
Amacam? Dah faham. Kena ada bajet, plan dan keazaman yang kuat. Pasang cita-cita nak kurus kerana apa? Supaya tak diserang obesiti. Sebab.. obesiti menyebabkan pelbagai penyakit timbul di kemudian hari. Menyesal kemudian dah tak berguna. Jangan dengar sindiran orang sekeliling yang merendahkan azam kita untuk sihat. Dengan mengamalkan program diet yang sihat, insyaa Allah kita boleh kurus dan sihat.
Semoga anda semua mendapat manfaat dengan tulisan saya berkaitan cara belanja barang dapur untuk program diet sihat anda. Selamat maju jaya!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.