Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Bubur Nasi Berlauk Pedas Yang Mudah

Cara Buat Bubur Nasi Berlauk Pedas Yang Mudah. Bubur nasi antara makanan yang dicari ketika demam, sakit tak selera makan, atas nasihat doktor kerana menjalani pembedahan dan sebagainya. Makan bubur nasi yang dicampur kentang pun sedap. Kemudian bubuh lada hitam sikit. Pun dah sedap.. apatah lagi makan bubur nasi pedas berlauk. Bertambah lazatnya.

Tapi orang kata makan bubur nasi cepat lapar semula. Iya ke? Terpulang pada perut masing-masing.. hihi, kalau lapar makan lagi sampai kenyang. Kan??

Baiklah. Saya akan kongsikan resepi bubur nasi berlauk yang boleh dimakan bila-bila masa. Kalau nak segera, order aje kat restoran. Haa.. kan cepat.

Gambar hiasan

Resepi Bubur Nasi Berlauk Pedas Yang Mudah


Bahan-bahan:

100 gram beras
500ml - 600 ml air atau stok ayam
100 ml santan
100 gram isi ayam (dipotong halus)
100 gram daging cincang
1 sudu kecil rempah kurma
1/2 sudu kecil pes cili
1/2 kecil lada putih
1 biji telur masin (ambil kuning saja)
3 cm halia muda - hiris halus
Garam dan sedikit mentega

Cara Buat Bubur Nasi Pedas Berlauk


Cara Buat Bubur Nasi Berlauk Pedas Yang Mudah

1. Didihkan beras dan air sehingga beras lembut dan tambah lebih air jika perlu

2. Masukkan semua bahan lain dan biarkan sehingga semuanya sebati

3. Tambah garam dan hidang panas

Nota: 

Nasi atau bubur akan jadi warna merah sebab guna cili pes dan rempah kurma.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close