Jangan Lihat Siapa Yang Berkata Tetapi Dengarlah Apa Nasihatnya! Tak semua orang baik itu betul dan tak semua orang jahat itu salah. Setiap orang ada sisi baik dan jahatnya. Hanya kerana Allah tutup aib kita, maka orang yang baik sentiasa mendapat tempat di hati kita. Dan, orang yang mempunyai sejarah hitam pasti sentiasa dipandang hina oleh segelintir manusia lain yang suka menghukum. Bagaimana dengan anda? Adakah anda boleh terima nasihat dari orang yang di iktiraf jahat walau nasihatnya itu benar? Inilah namanya judgemental - tanggapan luaran dan kebiasaan dengan sesuatu yang biasa dipakai oleh kebanyakan orang. Panjang lebar saya tulis tentang tajuk di atas setelah saya menonton satu program Ustaz Kazim Alias. Bagus ceramahnya itu. Dengar apa nasihat yang diberi dan janganlah melihat siapa yang memberi nasihat itu.
Walau anak kecil, walau murid sekolah ataupun seorang kuli kepada majikannya.. janganlah ego dan sarkastik menolak bulat-bulat nasihat yang diberikan. Setiap orang berhak memberikan kata yang baik walau dia sendiri bukan orang yang baik. Usah prejudis anggap semua orang tak betul, kita je yang betul. Dalam kehidupan pasti ada yang betul dan yang salah. Terima semua itu dengan lapang dada..
Benar tu.. saya setuju. Walau yang memberikan nasihat itu orang lebih muda daripada kita, terimalah nasihat dengan hati terbuka.
Walau yang memberikan nasihat itu seorang penagih dadah, ambil lah kata-katanya jika ia menjurus kepada kebaikan. Kita tidak tahu apa yang telah dilalui, mungkin satu masa nanti dia mendapat akhiran yang baik. Siapa kita nak judge masa depan dia. Sedangkan masa depan kita pun rahsia Allah. Kita pun tak tahu..
Ibnu ‘Asakir meriwayatkannya dari Ali, dan sepertinya Ali ra berpedoman pada hadits itu pada ucapannya yang diriwayatkan secara mauquf: "Perhatikanlah apa yang dikatakan, jangan memperhatikan siapa yang berkata.” - sumber risalah islam
Tugas memberi nasihat bukan setakat terletak di bahu para ulamak, ustaz atau ustazah.. setiap manusia harus ada niat dakwah dalam hatinya, menunjukkan teladan yang baik, menuturkan kata nasihat bila berkesempatan dan memberi manfaat kepada orang lain.
Sumber | Google |

Jangan Lihat Siapa Yang Beri Nasihat Tetapi Dengarlah Apa Nasihatnya!
Benar tu.. saya setuju. Walau yang memberikan nasihat itu orang lebih muda daripada kita, terimalah nasihat dengan hati terbuka.
Walau yang memberikan nasihat itu seorang penagih dadah, ambil lah kata-katanya jika ia menjurus kepada kebaikan. Kita tidak tahu apa yang telah dilalui, mungkin satu masa nanti dia mendapat akhiran yang baik. Siapa kita nak judge masa depan dia. Sedangkan masa depan kita pun rahsia Allah. Kita pun tak tahu..
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA. ia berkata, Rasulullah SAW. bersabda ‘Kalimat hikmah adalah senjatanya orang bijak. Di mana saja ia menemukannya, maka ia berhak atasnya.’
Ibnu ‘Asakir meriwayatkannya dari Ali, dan sepertinya Ali ra berpedoman pada hadits itu pada ucapannya yang diriwayatkan secara mauquf: "Perhatikanlah apa yang dikatakan, jangan memperhatikan siapa yang berkata.” - sumber risalah islam
Tugas memberi nasihat bukan setakat terletak di bahu para ulamak, ustaz atau ustazah.. setiap manusia harus ada niat dakwah dalam hatinya, menunjukkan teladan yang baik, menuturkan kata nasihat bila berkesempatan dan memberi manfaat kepada orang lain.
Jadi, jangan lihat siapa yang berkata atau memberi nasihat tetapi dengarlah apa yang dikatakannya. Dia tak buat apa dia kata, itu urusan dia dengan Tuhan. Yang penting kita ambil baik nasihat jika itu mengajak kepada kebaikan. Semoga ini semua jadi peringatan kepada diri saya iuga dan memberi manfaat kepada anda yang membaca coretan ini.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.