Sahabat-sahabat Kami Mengingatkan Kepada Akhirat... | Coretan buat sahabat-sahabatku.. luangkan masa sedetik, merenung dan membaca kiasan dan pesanan sahabat-sahabat Nabi dan juga Imam Syafii berkaitan sahabat.
Persahabatan memang mahal nilainya. Sahabat sejati membawa sahabatnya yang lain ke syurga. Sahabat yang taat dalam agama, akan membawa bias taatnya kepada kita hingga kita mencontohi ketaatan dan ketaqwaanNya kepada Allah. Sebab itu bijak pandai selalu berpesan, pilihlah dengan siapa kamu berkawan. Kerana rakan dan sahabat inilah yang membawa pengaruh besar kepada kita berbanding keluarga sendiri.
Berkata Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu: Tidaklah seorang hamba diberi kenikmatan yang lebih besar setelah keislaman, selain sahabat yang sholih. Maka apabila kalian mendapati teman yang sholih, peganglah ia erat-erat":`
Berkata Imam Syafi'i:
"Apabila kalian memiliki teman yang membantumu dalam ketaatan, maka genggam erat tangannya, kerana mendapatkan seorang sahabat itu sulit sedangkan berpisah darinya itu mudah."
Berkata Al Hasan Al Bashri:
"Sahabat-sahabat kami lebih kami cintai daripada keluarga dan anak-anak kami, kerana keluarga kami mengingatkan kami pada dunia, sedangkan sahabat-sahabat kami mengingatkan kami pada akhirat. Dan sebahagian sifat mereka adalah: itsar (mendahulukan orang lain dalam perkara dunia)".
Berkata Luqman Al hakim pada anaknya:
"Wahai anak ku hendaknya yang pertama engkau usahakan setelah keimanan kepada Allah adalah mencari sahabat yang jujur. Kerana ia ibarat pohon, bila engkau duduk berteduh di bawahnya, ia akan meneduhimu, bila engkau mengambil buahnya dia akan mengenyangkanmu, dan bila ia tidak memberimu manfaat, ia tidak merugikanmu."
"Ketika Imam Ahmad rahimahullah sakit, sampai terbaring di tempat tidurnya, sahabat beliau, Imam Syafi'i rahimahullah menjenguknya. Maka tatkala Imam Syafii melihat sahabatnya sakit keras, beliau sangat sedih, sehingga menjadi sakit kerananya. Maka ketika Imam Ahmad mengetahui hal ini, beliau menguatkan diri untuk menjenguk Imam Syafi'i. Ketika beliau melihat Imam Syafi'i beliau berkata:
Kekasihku sakit, dan aku menjenguknya
Maka aku ikut menjadi sakit kerananya
Kekasihku telah sembuh dan ia
menjengukku
Maka aku menjadi sembuh
setelah melihatnya..
Ya Allah berikan kepada kami sahabat sahabat yang soleh dan solehah.
Allah berfirman :
: {وسيق الذين اتقوا ربهم إلى الجنة زمرا} .
Imam Ibnul Qayyim berkata menafsirkan ayat ini: "Allah enggan memasukkan manusia ke dalam syurga dalam keadaan sendirian, maka setiap orang akan masuk syurga bersama sama dengan sahabatnya"
Aku memohon kepada Allah, dengan nama-namaNya dan sifat-sifatNya yang mulia, agar kita menjadi sahabat sejati dalam ketaatan, yang kelak tangan-tangan ini akan memimpin tangan yang lain memasuki syurgaNya. Aamiin ya Rabbal 'aalamiin
"Wahai para sahabat-sahabat ku yang soleh dan solehah ingatlah diriku ketika kelak ALLAH memasukan dirimu ke syurga-NYA.. pimpinlah tanganku agar aku dapat beriring bersama denganmu menuju Syurga ALLAH.."
Selamat membaca.

Jika Sahabatmu Seorang Yang Taat Dalam Agama, Pegang Erat Tangannya

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.