Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Halba Gunakanlah Ia Sebagai Ubat

Khasiat Halba Gunakanlah Ia Sebagai Ubat. Halba adalah rempah herba yang banyak digunakan dalam masakan berempah seperti nasi beriani, kurma daging dan ayam, nasi minyak dan sebagainya. Senang cerita ia banyak digunakan dalam kari dan gulai. Kalau anda tak kenal, halba bentuknya kecil, warna coklat cair dan rasanya tak berapa sedap. Tanaman ini tumbuh subur dan luas di India, Mesir dan negara Timur Tengah. Cara menggunakan halba pada masakan iaitu dengan menambah halba yang sudah disangai dan dimasukkan ke dalam masakan. Halba yang sudah disangai atau digoreng tanpa minyak memberikan aroma yang enak. Kalau nak goreng sekejap je, jangan lama-lama nanti rasanya jadi tak sedap. Antara khasiat halba adalah dipercayai dapat melancarkan haid, melegakan sakit kepala atau migrain, membuang angin, buasir, senggugut, merangsang rahim, mengurangkan berat badan, mengawal kencing manis serta mengurangkan radang kulit. Sebab itu, ramai juga tabib Cina dan pengamal perubatan tradisional Timur Tengah menjadikan halba sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit.

Masak nasi lemak letak halba pun sedap.. menaikkan rasa aroma nasi lemak tu sendiri.. hihi, tapi rasa dan bau halba memang kurang digemari. Jika anda nak dapatkan khasiat halba tetapi tak suka rasa dan baunya, anda boleh proses ia menjadi serbuk atau kapsul.

Khasiat Halba Gunakanlah Ia Sebagai Ubat


Khasiat Halba Gunakanlah Ia Sebagai Ubat

Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? '

Rasulullah saw bersabda :

'Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas '(Books of Sufi Healing m.s.58)

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

'Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Halba


1. Diminum sebagai teh untuk,
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung,sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Senggugut
- Merangsang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh
- kecergasan
- kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu
- Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.

Khasiat Halba Gunakanlah Ia Sebagai Ubat

Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil di pasaraya.

Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih.

Nama lain bagi halba, dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara orang Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara di bawah ini.

Cara-caranya :-

Goreng halba tanpa minyak - jangan pilak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dapat membantu.

Khasiat dan kegunaan halba amatlah banyak, dan bagus untuk kesihatan tubuh badan luar dan dalam. Buah halba tak boleh simpan lama-lama nanti dia berubah warna jadi lebam. Dah tak bagus dah..

Amalkan pemakanan sihat dan ambillah makanan tambahan agar kita dapat pencegahan dari banyaknya penyakit moden yang sukar dielakkan. 

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close