Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2018

Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahun 2018. Anda ada anak yang berada di tingkatan 3 dan darjah 6 tahun ini? Jika anak anda berminat memohon melanjutkan pelajaran ke MRSM, ini ada berita baik. Permohonan ke MRSM telahpun dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 3017.

Untuk makluman lanjut tentang program yang ditawarkan okeh MRSM, anda boleh baca di pautan berikut:

Di bawah ini adalah panduan permohonan ke MRSM tahun 2018 bagi pelajar tingkatan 1 & 4 sahaja.

Lazimnya, peajar akan ditemuduga terlebih dahulu sebelum dapat masuk ke MRSM. Ada peringkat ujian yang akan dilalui apabila mereka berjaya dalam permohonan tersebut.

Panduan Permohonan Ke MRSM Tingkatan 1 & 4 Tahunl 2018

PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1


Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2017.

Berikut adalah pautan iklan dan syarat kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 tahun 2018:

Iklan kemasukanTingkatan 1 MRSM boleh didapati di sini.

Syarat umum kelayakan masuk ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibaca di sini.


Panduan Memohon ke MRSM Tingkatan 1


Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 ambilan 2018 adalah seperti berikut:

Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

https://mohon.mrsm.edu.my/form1/registerUser.jsp

Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan / sijil kelahiran dan kata laluan untuk login:

https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Cetak borang permohonan dan simpan.


PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 4


Berikut adalah capaian iklan dan syarat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2018:

Iklan kemasukan Tingkatan 4 MRSM boleh didapati di sini.

Syarat umum kelayakan masuk ke Tingkatan 4 MRSM boleh didapati di sini.


Cara Memohon ke MRSM Tingkatan 4


Langkah-langkah memohon kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 ambilan 2018 adalah seperti berikut:

Daftar terlebih terlebih dahulu untuk mendapatkan katalaluan Permohonan Kemasukan ke MRSM. Pendaftaran boleh dibuat di:

https://mohon.mrsm.edu.my/form4/registerUser.jsp

Buat permohonan secara online di laman web berikut. Gunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk login:

https://mohon.mrsm.edu.my/form4/login.jsp

Cetak borang permohonan dan simpan.

Tarikh Tutup Permohonan MRSM 2018


Tarikh tutup permohonan kemasukan ke MRSM 2018 Tingkatan 1 & 4 ialah pada 31 Oktober 2017.

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM 2018


Keputusan permohonan ke MRSM boleh disemak secara online dan melalui SMS.

Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi oleh MARA. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap tidak berjaya.

Nota:
Pemohon yang ditawarkan atau sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close