Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mee Siput Goreng

Resepi Mee Siput Goreng. Mee siput goreng merupakan makanan nostalgia zaman persekolahan saya dan kakak saya. Manakan tidak, jarak umur kami yang rapat menjadikan kami selalu bersama ke sekolah rendah dan sekolah agama. Tiap kali balik dari sekolah agama, kami mesti beli sekeping mee siput goreng yang dicurah sambal tumis dan makan sambil berjalan balik ke rumah. Best kan memori tu..

Resepi Mee Siput Goreng

Nampak tak pic kat atas tu? Saya ambil kat Google sebab teringatkan memori zaman sekolah dolu2... makan dengan sambal tumis ataupun sambal kicap. Mee siput goreng ni memang popular kat Johor terutamanya kawasan Muar. Masa balik sekolah mesti berlari ke luar pagar bersungguh-sungguh sebab nak kejarkan mee siput ni. Takut habis.

Sekarang ni dah jarang dapat makan mee siput ni, sebab susah nak cari merata-rata. Kalau tak iya-iya, susah nak nampak. Kena tanya sana sini barulah jumpa. Nasib baik masa pregnant anak kedua dulu dapat makan, kalau tidak meleleh air liur si bujangku itu...hehe...

Okey, mari sama-sama kita tengok resepi nak buat mee siput goreng ni. Tahu makan at least tahu baca resepinya..huhu...buat tak buat lain cerita. Betul tak?

Resepi Mee Siput Goreng


Bahan-bahan ( 5~6 orang )
  • Mee kuning 1 kg
  • Cili kering 20~30 tangkai
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 ml cuka
  • 7~8 sudu gula
  • Garam
  • Sedikit air (2~3) sudu
  • Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara-cara buat mee siput goreng yang simple 


  1. Mula-mula kena jemur mee sampai kering
  2. Setelah kering, bolehlah digoreng hingga kembang garing
  3. kemudian sediakan bahan sira pula
  4. Kisar cili kering bersama bawang putih
  5. Panaskan minyak untuk menumis sambal sira
  6. Tumis cili yang telah dikisar bersama bawang putih tadi hingga garing
  7. Dah garing, masukkan gula, garam ,gaul sekejap dan masukkan cuka
  8. Gaul hingga pekat, masukkan sedikit air sekiranya gule terlalu pekat
Dah agak-agak siap sambal tu, tutup api dan masukkanlah mee yang dah digoreng tadi . Gaul rata biar semua kena dengan sambal sira tu..

Atau pun, boleh juga siramkan cili itu atas mee siput goreng tadi.

Selamat Mencuba!!!

Aha! Nak try? Meh kita try ramai2...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close