Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tolonglah Jauhi Maksiat. 30 Kesan Maksiat Yang Merosakkan

Tolonglah Jauhi Maksiat. 30 Kesan Maksiat Yang Merosakkan. Na'auzubillah.. berdiri bulu roma bila baca 30 kesan maksiat yang dikirim oleh seorang sahabat dalam group whatsapp kami. Terima kasih sahabat sebab menambahkan ilmu kepada kami yang sentiasa alpa dan lalai. Alhamdulillah.. masih ada sahabat yang sejati dalam agama yang masih sudi menasihati dan mengingatkan.

Maksiat kecil atau besar sama juga kesannya. Ia membawa kerosakan kepada institusi keluarga, merosakkan hubungan pasangan, merosakkan peribadi dan banyak lagi. Senang kata yang namanya maksiat mana ada yang baik.   

Bila sekali melakukan maksiat, akan ada maksiat lain yang muncul dan anda akan hilang rasa malu walau sedar perkara yang dilakukan itu salah. Tolonglah.. wahai sahabat mayaku, saudaraku.. kita jauhi maksiat yang menjahanamkan masyarakat Islam secara keseluruhannya.

Tolonglah Jauhi Maksiat. 30 Kesan Maksiat Yang Merosakkan
Gambar kredit Google

30 Kesan Maksiat Yang Merosakkan


1. Membantutkan potensi diri
2. Nafsu tidur akan bertambah
3. Nafsu makan akan semakin liar
4. Banyak kerja tak menjadi
5. Allah tarik keberkatan rezeki
6. Hubungan dengan manusia makin rosak
7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan
8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati
9. Otak malas berfikir
10. Allah tarik keberkatan masa
11. Allah tarik nikmat beribadah
12. Melengah-lengahkan solat terasa normal
13. Susah menerima teguran dan nasihat
14. Rasa diri hebat dan paling betul
15. Semua orang dia nak komplen
16. Tak suka tengok kelemahan diri
17. Suka cari kesalahan orang
18. Sebulan tak baca Quran rasa normal
19. Hati tak terasa apa-apa dengan kematian
20. Sukar bergaul dengan masyarakat
21. Jiwa cepat resah
22. Cepat putus asa
23. Suka lari dari masalah
24. Suka mencarut
25. Cepat marah dan melenting
26. Subuh gajah terasa normal
27. Mengelak dari majlis ilmu
28. Mengelak dari bersama orang yang soleh
29. Memendekkan umur dan keberkatan hidup
30. Maksiat menumbuhkan maksiat lain

Sumber - Ustaz Ridwan Rais -

Semoga bermanfaat dalam kehidupan anda. Senarai 30 kesan maksiat yang merosakkan di atas adalah bergantung kepada kesan kepada orang tersebut, mungkin berbeza-beza. Jadikan bacaan di atas sebagai satu renungan bersama, satu ruang menambah ilmu walau kita ni kononnya dah makan lebih garam dari orang lain. Lapangkan dada, redhakan hati.. biarkan ilmu-ilmu kebaikan kita terima dengan hati terbuka.

Semuanya.. Kerana izin Allah jua.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close