Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

10 Cara Menjemput Rezeki Selalu Mengalir

10 Cara Menjemput Rezeki Selalu Mengalir. Alhamdulillah. Masih bernafas lagi hari ini dan dapat menulis di blog kesayangan, itu pun dah rezeki yang saya syukuri. Datang idea menulis juga rezeki dari Allah. Kalau Allah tak beri idea dan ilham mana nak datang idea, ya dak? Orang kata rezeki ajal maut jodoh pertemuan semua rahsia Allah. Jadi buat apa kita nak bertungkus lumus cari rezeki. Ada yang bertanya macam tu. Itu tanda orang yang tidak positif dalam hidupnya. Kan Allah dah kata, Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tak mengubahnya sendiri. Apa yang telah tertulis sejak azali memang Allah dah tentukan, tapi kalau nak lebih kenalah ubah nasib dan berusaha bersungguh meningkatkan rezeki yang ada. Lakukan usaha dan ikhtiar dari mental dan fizikal agar berjaya mengubah nasib anda. Jangan berhenti mengaut ilmu dalam perjalanan mengaut untung...

Nak dapat rezeki yang selalu mengalir macam air sungai.. kenalah tahu cara dan perbuatan yang sesuai. Contohnya solat dhuha. Dengan melakukan solat dhuha setiap hari, insyaa Allah.. Allah akan memberikan laluan yang mudah rezeki mengalir masuk. Kalau ada perniagaan.. insyaa Allah akan berjaya dan menguntungkan. Tapi ingat.. jangan sombong~!

10 Cara Menjemput Rezeki Selalu Mengalir


Senarai di bawah adalah 10 perkara yang membawa rezeki selalu dekat dengan kita. Selalu yakin bahawa berbuat baik kepada diri sendiri dan juga orang lain akan menjemput rezeki yang lain hadir dalam hidup kita. Tak kisah apa rezekinya.. ia tetap wajib disyukuri kerana yang namanya rezeki bukan sekadar wang ringgit saja ya..

10 Cara Menjemput Rezeki Selalu Mengalir

1. TAQWA


"Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar bagi mereka. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (Qs.Ath-Tholaq 2-3).


2. TAWAKAL


Nabi SAW bersabda :

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki. Ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (HR Ahmad,At-Tirmizi, Ibnu Najah,Ibnu Hibban, Al-Hakim dari Umar bin Khattab R.A)


3. SOLAT DHUHA


Firman Allah dalam hadits qudsi :

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."
(Riwayat Al-Hakim dan Thabrani).


4. ISTIGHFAR


Firman Allah

"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, karena sesungguhnya Dia Maha Pengampun.Niscaya Dia akan mengirimkan hujan dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula di dalamnya untukmu sungai-sungai." (Qs.Nuh 10-12).


5. SILATURAHIM


Nabi SAW bersabda :

"Siapa yang senang untuk dilapangkan rezekinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), hendaklah ia menyambung tali silaturahmi." (HR.Imam Bukhari)


6. SEDEKAH


Sabda Nabi SAW :

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan karena sedekah kepada orang-orang lemah di antara kamu." (HR.Bukhari).


7. BERBUAT KEBAIKAN


Nabi SAW bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak akan zalim kepada hambaNya yang berbuat kebaikan. Mereka akan dibalas dengan diberi rezeki di dunia dan akan dibalas dengan pahala di akhirat." (HR.Ahmad).


8. BERNIAGA


Nabi SAW bersabda :

"Berdaganglah atau berniagalah kerana sembilan dari sepuluh rezeki itu ada dalam perniagaan." (HR.Ahmad).


9. BANGUN PAGI


Aminah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Bangunlah pagi-pagi untuk menjemput rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kejayaan." (HR.At-Tabarani).

10. BERSYUKUR


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari, maka sesungguhnya azabKu sangat pedih." (Qs.Ibrahim 7).

Semoga kita boleh memperbaiki diri dan menjadi yang lebih baik lagi. Agar istiqamah melaksanakan 10 yang diatas iaitu cara menjemput rezeki sentiasa mengalir, agar mendekatkan diri pada Allah Swt dalam setiap tindakan dan perancangan kehidupan kita. Biarlah semuanya merujuk kepada yang benar dan mengelakkan yang batil.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close