Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

9 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

9 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan. Setiap makhluk yang hidup di atas muka bumi ini pasti berubah. Dari kecil kepada besar, yang muda menjadi tua, dari benih menjadi pokok dan sebagainya. Sesuatu yang hidup harus menjadi matang mengikut usianya. Begitu juga manusia dan kehidupannya. Kita makhluk yang berakal seharusnya hidup untuk memberi manfaat kepada yang lainnya. Kita harus berubah menjadi semakin baik dan bertambah amalan sebagai bekalan ke akhirat nanti.

Namun ada juga kehidupan manusia berubah menjadi sebaliknya, semakin susah dan menyusahkan, suka melakukan keburukan, tidak boleh menerima nasihat dan teguran, semakin sombong dan bongkak dan sebagainya.

9 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

Tak mengapalah.. jika kita telah mengingatkan tetapi sebaliknya kita yang dihina. Tak mengapa jika kita telah menunjukkan jalan yang lurus tetapi mereka semakin terpesong. Bak kata seorang ulama.. iman seseorang ada turun naiknya. Kerana kita adalah makhluk Allah yang tak sempurna. Justeru, sentiasalah bergaul dan berada dekat dengan orang yang baik-baik, insyaa Allah.. Allah akan melorongkan kita kepada jalanNya.

9 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan


Mari kita renungkan perkongsian di bawah tentang tanda seseorang itu telah matang dalam kehidupannya. Yang baik jadikan tauladan. Okay... 

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.

5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.

7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

8. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

sumber dari Google
Untuk memeperbaiki diri kita mesti rajin mencari dan menggali ilmu. Semakin banyak ilmu kita ketahui, semakin kita rasa betapa kerdilnya kita di sisi Allah SWT.

Baiklah.

Sebagai kesimpulan, antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan. Semoga perkongsian ini akan menambahkan kecintaan kita untuk istiqamah berbuat baik di jalanNya.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close