Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dari Maybank2u

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dari Maybank2u. Saya rasa ramai orang islam di negara kita yang menyimpan dalam tabung haji dengan simpanan sekurang-kurangnya RM10 sebulan. Kerana apa.. kerana kesedaran dari awal, dari usia muda lagi bahawa tujuan akhir hidup kita di atas dunia tentulah hendak mengerjakan haji, bagi yang mampu. Simpan dalam tabung haji lagi selamat dimana kita tak sempat pun nak keluar setiap bulan kerana prosesnya yang agak leceh, mana yang tak ada kad ATM Bank Islam, kena pergi ke cawangan tabung haji yang berdekatan. Haa.. nak cari branch pun tak banyak.. selamatlah simpanan kat dalam tabung haji tu.. 😅😅😅 setuju tak? Macam saya la.. simpan-simpan lepas setahun update dah boleh pergi umrah. Dua tahun simpan boleh dah pergi haji. Insyaa Allah. Kalau nak lebih mudah.. buat je potongan gaji. Memang tak terasa yang kita ada menyimpan di tabung haji. Nak menambah simpanan lebih setiap bulan boleh tambah melalui Maybank2u. Memang ada caranya nak tambah, cek baki simpanan tabung haji dan juga menyimpan untuk ahli keluarga dari Maybank2u.

Cara semak baki tabung haji di Maybank2u hanya boleh dilakukan setelah anda mendaftarkan no akaun dan no siri buku tabung haji anda di mesin ATM mereka. Ini adalah syarat utama supaya akaun tabung haji anda dapat diselaraskan dengan sistem Maybank2u. Faham ya? Ada cara nak daftar akaun tabung haji di Mesin ATM Maybank yang telah saya post entrinya dahulu.

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dari Maybank2u


Sebelum ini saya ada juga share cara daftar akaun tabung haji di Maybank. Tapi mesti kena kad ATM maybank dengan anda la..

Tapi kali ini saya nak share cara semak baki tabung haji secara online di Maybank2u. Caranya amat mudah, hanya ada beberapa langkah aje.

Cara Semak Baki Akaun Tabung Haji Dari Maybank2u

1. LOGIN ke akaun maybank2u anda, masukkan USERNAME & PASSWORD macam biasa.

2. Cari ACCOUNTS AND BANKING

3. Tekan TRANSFERS, akan keluar banyak menu. Cari menu TABUNG HAJI

4. Klik pada menu tersebut dan cari pula Balance Inquiry. Klik dan masukkan maklumat yang diperlukan. Ikut arahan diberi.

Dah siap!

Senang kan? Hanya beberapa langkah, anda dah boleh semak baki akaun tabung haji anda di Maybank2u. Tapi kalau anda nak kemaskini buku tabung haji anda, kenalah pergi ke cawangan tabung haji berhampiran anda. Kat Maybank tak boleh update ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close