Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dalam Kebahagiaan Kita Ada Airmata Orang Lain...

Dalam Kebahagiaan Kita Ada Airmata Orang Lain... | Ada waktu dan ketika kita terlepas memuat naik peristiwa yang berlaku dalam kehidupan sehinggakan kita lupa bahawa tidak semua orang berada di tempat kita. Ada berita gembira yang dikongsikan, rupanya tak semua orang sedang bergembira. Kita pamerkan makanan sedap di FB atau Instagram.. tanpa kita sedar banyak mata yang melihatnya sedang berlapar. Jadi, dalam kesenangan yang sedang kita kecapi sebenarnya ada airmata orang lain. Dalam bahagia yang sedang dituai.. mungkin ada makhluk lain yang sedang berduka.

Sebaik-baiknya berpada-padalah jika nak berkongsikan sesuatu kepada orang lain terutamanya di laman sosial kerana di situ lagi ramai yang melihat dan memerhati.

Dalam Kebahagiaan Kita Ada Airmata Orang Lain...

Dalam Kebahagiaan Kita Ada Airmata Orang Lain...


Pada pembaca budiman, saya harap kita sama-sama ambil iktibar bahawa dalam kesenangan kita, ada air mata orang lain yang kita lupa.

Justeru...

Beringatlah.. tidak semua orang bahagia
Waspadalah.. dan ada yang tidak suka

Kerana perbuatan kita itu boleh dianggap riak kerana menunjuk kelebihan yang kita miliki. Walau niat di hati bukanlah begitu.. siapalah kita nak tahu isi hati yang tersembunyi. Niat tak menghalalkan cara..

Terkadang kita terkasar kata dan perbuatan terhadap orang lain.. namun kita tak sedar. Jadi, jagalah tingkah laku dan bahasa yang kita gunakan. Pada kita mungkin ianya sekadar gurauan tetapi tidak pada orang lain. Kerana.. setiap orang mempunyai lingkungan didikan dan pergaulan yang berbeza. Tingkat pendapatan dan rakan yang kita kenali juga tak sama. Justeru berhati-hatilah dalam setiap tindak tanduk kita.

Jangan sampai dalam kesenangan kita telah menitiskan airmata orang lain. Ingatlah.. dalam kebahagiaan kita mungkin ada airmata insan lain.

Dalam perjalanan kehidupan ini Allah hantarkan orang yang berbeza kepada kita adalah supaya kita belajar sesuatu dari mereka. Ambil yang baik dan tinggalkan yang buruk. Oleh sebab itu, semua kejadian yang berlaku kepada kita ada hikmah yang kita harus renungi. Jangan sesuka hati melabel orang sedemikian rupa atau mendabik dada mengatakan kamu paling sempurna.. sebaliknya Allah menyuruh kita belajar dari setiap pengalaman hidup yang kita lalui.

Yang penting, sentiasa ingat bahawa dalam setiap kesenangan kita atau kebahagiaan kita.. mungkin ada airmata insan lain.

Bersyukurlah!! Jika anda masih tahu menjaga hati dan perasaan orang lain.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close