Menu Pantang Larang Untuk Anak Berkhatan. Ada saja idea resepi dan cadangan menu untuk bujang kecil saya yang akan berkhatan pada cuti sekolah nanti. Selain mendapatkan nasihat daripada orang tua, saya juga cuba cari dari internet tentang menu pantang larang untuk anak saya yang bakal berkhatan atau bersunat nanti. Mengikut kata mak saya, sama juga macam orang perempuan bersalin yang berpantang, ikut je menu orang berpantang. Masalahnya masa berpantang eden dah lama sangat berlalu. Dah terlupa kut.. umur dah meningkat ni, banyak yang dah lupa.. hihi
Tak mengapa. Jom sama-sama kita refresh. Mana tahu info ni berguna untuk jangka masa panjang..
Jom lihat menu dan pantang larang anak yang sedang berkhatan.
Ada pengalaman yang saya baca dari pelbagai sumber, ibubapa beri makanan macam hari biasa. Cuma elakkan makan telur ayam sebab takut gatal. Habiskan ubat yang doktor beri. Kurangkan bergerak. Insyaa Allah, dalam seminggu dah sembuh.
Ada juga digalakkan berpantang macam orang wanita bersalin.. elakkan makanan berprotein tinggi kerana ditakuti kegatalan di tempat bersunat tu..
Pesan pada anak-anak anda supaya jangan tahan buang air kecil. Kalau nak kencing lepaskan je..
Boleh beri buah-buahan tetapi kalau boleh elakkan buah yang sejuk. Anak yang berkhatan juga boleh makan sayur yang ditumis, roti canai, kuih muih dan roti.
Ada juga yang berkongsi petua untuk merawat bekas luka bersunat atau khatan tersebut. Sekiranya alat sulit tersebut berkuping (disebabkan air bisa dan darah serta nanah yang mengering), bolehlah direndam tuala dengan air panas suam yang dicampurkan dengan garam. Lapkan perlahan-lahan pada kuping kudis tu, Insha Allah, luka tersebut akan lagi cepat bersih.
Benang jahitan juga akan mudah tetas sendiri. Jangan risau ya adik-adik.. hihi

Menu Dan Pantang Larang Untuk Anak Berkhatan
Jom lihat menu dan pantang larang anak yang sedang berkhatan.
Ada pengalaman yang saya baca dari pelbagai sumber, ibubapa beri makanan macam hari biasa. Cuma elakkan makan telur ayam sebab takut gatal. Habiskan ubat yang doktor beri. Kurangkan bergerak. Insyaa Allah, dalam seminggu dah sembuh.
Ada juga digalakkan berpantang macam orang wanita bersalin.. elakkan makanan berprotein tinggi kerana ditakuti kegatalan di tempat bersunat tu..
Pastikan bekas luka tersebut sentiasa bersih dan kering. Digalakkan pakai kain pelikat yang tergantung dalam keadaan yang selesa.
Pesan pada anak-anak anda supaya jangan tahan buang air kecil. Kalau nak kencing lepaskan je..
Boleh beri buah-buahan tetapi kalau boleh elakkan buah yang sejuk. Anak yang berkhatan juga boleh makan sayur yang ditumis, roti canai, kuih muih dan roti.
Tolong elakkan seafood dan ayam ya..
Ada juga yang berkongsi petua untuk merawat bekas luka bersunat atau khatan tersebut. Sekiranya alat sulit tersebut berkuping (disebabkan air bisa dan darah serta nanah yang mengering), bolehlah direndam tuala dengan air panas suam yang dicampurkan dengan garam. Lapkan perlahan-lahan pada kuping kudis tu, Insha Allah, luka tersebut akan lagi cepat bersih.
Benang jahitan juga akan mudah tetas sendiri. Jangan risau ya adik-adik.. hihi
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.