Bilakah Waktu Sesuai Untuk Menimbang Berat Badan Anda? Alat penimbang adalah musuh utama orang yang sedang berdiet. Pantang nampak alat penimbang, mesti nak timbang. Bila berat naik, mulalah meroyan. Kata penimbang rosaklah.., penipulah, dan macam-macam lagi. Hal ini menyebabkan motivasi nak berdiet jadi ke laut. Mood turun naik. Sebab itu, kita tak digalakkan sentiasa nak timbang berat badan sewaktu berdiet.
Lagi satu berdiet bukanlah boleh sekelip mata berat akan turun. Ia memerlukan ketekunan, fokus, pengorbanan perasaan, sabar dan yang penting kena ada persekitaran yang membantu proses diet anda. Walau apa anda lakukan, penghijrahan ke.. semua itu perlukan persekitaran yang bersesuaian. Kalau anda sorang aje yang nak berdiet tetapi rakan-rakan dan keluarga tidak membantu, lambat jawabnya program anda itu mahu berjaya. Cari persekitaran yang sesuai sebelum memulakan apa-apa projek berkaitan diri anda. Ingat ya.. tidak semua orang ada niat baik melihat kita berubah ke arah lebih positif. Maka, jauhkan anasir-anasir negatif dari anda. Bina persekitaran yang positif dan selalu berusaha meningkatkan potensi diri.
Berbalik kepada tajuk artikel di atas, jom baca perkongsian yang bagus di bawah yang saya siarkan semula di blog untuk manfaat yang lebih luas.
Entri ini saya share dari Facebook Arif Sukri (ustaz fitness tu.. ) yang berpengalman menurunkan berat badan dari 113 kg kepada 70 kg. Anda boleh follow FB Arif Sukri jika nak tahu pengalamannya berdiet dan lain-lain nasihat berguna dari ustaz ini.
Menurutnya, ada yang jumpa beliau bagitau yang berat mereka tak turun-turun walaupun dah diet. Bila ditanya timbang berapa kali seminggu?
Ada yang jawab setiap hari timbang. Huhu. Sedih betul. Kawan, ini sebab kenapa timbang tak dibuat hari-hari.
1. Berat badan sentiasa berubah-rubah di sebabkan kandungan air, lemak, tulang dan juga otot yang ada dalam badan.
2. Timbang hari-hari akan menyukarkan diri untuk dapatkan bacaan yang tepat.
3. Badan kita tak berfungsi untuk hilang kilo serta merta lepas diet. Badan bukan belon yang ada udara sahaja. Ingat tu.
4. Timbang hari-hari hanya mengundang stress bila berat tak turun-turun. Gila kau dua hari diet dah nak dapat result cantik.
5. Diet bukan fokus pada penimbang sahaja. Tapi juga pada inchloss.
Ramai orang yang timbang hari-hari. Jujurnya ia tidak membantu dalam diet. Menambahkan stress sahaja lagi ada.
Kalian harus ingat, minum air kosong 500ml pun dah boleh mengubah berat sedia ada. Apatah lagi lepas makan terus timbang.
Jangan buat!
Lagi sedih bila orang sangat fokus pada penimbang. Kesannya dia akan buat diet ekstrim sanggup berlapar demi menurunkan jarum penimbang. Fuh, pening kepala.
Untuk kurangkan 1KG berat badan memerlukan kalori sebanyak 7700kcal. Jadi mustahil dalam sehari apatah lagi setiap jam nak tengok berat badan kau berubah.
Orang yang fokus pada penimbang dietnya akan sekerat jalan sahaja. Percayalah. Mereka terlupa benda yang lebih utama dalam diet bukanlah penimbang. Tapi kesihatan, kecergasan dan juga inchloss badan.
Berat kalau turun sekilo memang susah nak lihat kesan pada fizikal. Tapi kalau boleh dapat inchloss 1-2 inci, baju dari saiz XL pun boleh bertukar kepada L. Kau boleh perasan benda ni.
Jadi bagitaulah kepada orang-orang kat luar sana tu yang kerjanya masa diet adalah timbang hari-hari bahawa ia perbuatan yang sia-sia.
Berat kau memang berubah pada setiap waktu. Makan, minum hatta buang air pun berat boleh berubah.
Ini juga ingatan pada mereka yang asyik soal kau dah berapa kilo turun? Hahaa. Geram je aku.
Kita tak fokus pada kilo sahaja. Tapi lihat juga pada kesihatan, kecergasan dan inchloss.
Jadi bila boleh timbang?
Seminggu sekali sudah memadai. Pilih satu waktu yang khusus.
Jangan timbang hari-hari kalau kau nak diet dengan santai dan tanpa tekanan. Fokus seminggu sekali sudah untuk buat rekod.
Silakan share agar orang tahu diet bukan nak tengok penimbang sahaja. Ia bawa makna lagi jauh dari itu.
Arif Sukri
Tak perlu taksub penimbang
Semoga perkongsian entry di atas dapat memberikan anda pemahaman yang jelas tentang waktu yang sesuai untuk menimbang berat badan anda. Diet dan tips kesihatan yang sesuai dapat membantu anda menurunkan berat badan secara konsisten. Selamat berjaya!!

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Menimbang Berat Badan Anda

1 Comments
Betul, orang berdiet memang akan pantang tengok penimbang, asyik nak timbang badan setiap hari. Boleh stress. Sebaiknya seminggu sekali baru nampak perubahan yang sebenar yang stabil. Apa pun terima kasih atas semua tipsnya.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.