Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ketam Masak Merah

Resepi Ketam Masak Merah. Yang biasa saya masak merah adalah ayam. Bila terjumpa resepi ketam masak merah, terus nak cuba. Ketam masak kari pun dah cuba. Memang sedap. Saya pun pernah share resepinya kat blog. Ketam masak merah lagi lah sedap sebab ada campuran sos cili dan serai. Makin bertambah berat badan nampaknya. Diet tolak ketepi dulu. Nak masak ketam masak merah, ketam tu hendaklah rebus sekejap dalam 3/4 masak gitu.. jika tidak ketika anda masak merah nanti, takut dalam cengkerang tu tak masak. Kalau ayam masak merah, ayam kita goreng dulu. Haa.. gitulah lebih kurang cara penyediaan bahan sebelum mula memasak.

Kalau anak-anak leceh nak makan ketam yang belum dikopek, anda ketuk sikit di kawasan kaki ketam yang keras tu.. nanti nak makan senang. Nak kopek pun senang.

Resepi Ketam Masak Merah


Resepi Ketam Masak Merah
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

* 10 ekor ketam (dipotong ikut suka, direbus dengan sedikit garam sehingga 3/4 masak. Toskan)
* sedikit hirisan cili merah
* sedikit hirisan nanas
* 4-5 sudu besar sos cili
* 2 sudu besar sos tomato
* 3-4 sudu besar cili kering kisar
* sedikit air
* 1 sudu besar sos tiram
* 1 sb kicap manis
* 1 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar:

* 1 labu bawang besar
* 2 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 1 batang serai

Cara-cara menyediakan ketam masak merah


1. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau, iaitu bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai
2. Masukkan cili kering. Tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata-rata dan masukkan sedikit air.
4. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bahan-bahan selebihnya. Perasakan dengan garam dan gula.
Hidangkan setelah masak.

Resepi Ketam Masak Merah
Gambar hiasan

Ketam masak merah kita pun dah siap. Tak pernah masak ketam cara ini? Cubalah resepi ringkas ni, anda pasti suka dengan rasanya. Ketam masak merah lebih sedap berbanding rasa ayam masak merah. Rasa manis dari ketam segar memang menaikkan aroma dan rasanya. 

Selamat mencuba. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close