Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam. Ini kali pertama saya terfikir nak goreng sayur kobis dengan ayam. Ayam tu kira macam cincang kecil atau potong dadu. Biasanya saya masak sayur kobis dengan udang. Itu pun sedap.

Lagi satu.. kali ni saya tumis kobis dengan cili merah atau cili boh. Kalau selalu guna cili padi, kita cuba tukar pulak. Guna cili boh pun sedap. Warna sayur anda ada warna kemerahan sikit. Kalau kurang pedas, boleh je campak sebatang dua cili padi yang diketuk. Baru kaww...

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam


Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Bahan-bahan:

1/2 buku kobis - hiris halus
1 mangkuk kecil isi ayam - potong dadu
2 sudu makan cili boh/ cili kisar
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan perisa maggie secubit rasa
Sedikit sos tiram
Garam dan gula secukupnya
1 tangkai daun sup sebagai hiasan

Cara menyediakan kobis goreng dengan ayam


1. Tumiskan cili, bawang merah & bawang putih hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan ayam, biarkan hingga isi ayam dah masak kekuningan.

3. Masukkan sos tiram. Perisakan dengan perencah maggie secubit rasa. Bila kurang rasa masin baru tambah garam dan gula, ikut suka.

4. Akhir sekali baru masukkan kobis anda tadi. Gaul rata.

5. Taburkan dengan daun sup sebagai hiasan.

Resepi Sayur Kobis Goreng Dengan Ayam

Resepi kobis goreng dengan ayam dah pun siap. Boleh hidangkan dengan lauk lain jika suka. Rasa kobis yang rangup menimbulkan selera bila dimakan dengan nasi putih panas. Makan dengan ikan kerisi goreng. Hmm.. sedapnya.

Selamat mencuba resepi ringkas iaitu sayur kobis goreng dengan ayam, pasti sedap.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close