Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

16 Nasihat Pernikahan Yang Indah Untuk DiKenang

16 Nasihat Pernikahan Yang Indah Untuk DiKenang. Ketika Hidup Tidak Lagi Ada Tawa Dan Bahagia Maka Lihatlah Pengalaman Lalumu. Perjalanan membawa bahagia dan derita bersama. Sewaktu kamu jatuh lalu bangun semula.. siapakah yang berada di sisimu? Adakah orang yang sama dari awal perjalanan dahulu? Jika ya.. beruntunglah kamu. Bersyukurlah. Kerana adanya mereka.. kamu boleh bangkit semula. Kerana kasihnya mereka, kamu tidak dibiarkan tersungkur. Kerana sayangnya mereka.. kamu mampu mendapat peluang kedua. Begitulah lumrahnya, kenang pengalaman lalu jika kamu di hempas duka dan lara pada masa kini. Kerana.. pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan. Pengalaman tak pernah menipu!

Sebelum memulakan langkah pernikahan, carilah ilmu sebanyak mungkin agar langkahmu tak tempang dalam mengemudi kehidupan mendatang. Gunakanlah formula 7 K: Ketaqwaan, Kasih sayang, Kesetiaan, Komunikasi, Keterbukaan, Kejujuran dan Kesabaran. Insyaa Allah.. semuanya akan berakhir dengan indah.

16 Nasihat Pernikahan Yang Indah Untuk DiKenang

16 Nasihat Pernikahan Yang Indah Untuk DiKenang  


Ketika Hidup Tidak Lagi Ada Tawa Dan Bahagia...

Jom kita sama-sama soroti sebuah nukilan dari seorang pengguna FB yang bernama #AmirZarith yang saya telah minta izin share di ruangan ini. Ketika kehidupan sedang berjalan.. kamu harus berfikir selangkah ke hadapan, agar nanti di penghujungnya kamu tidak berasa sesal.

1. KETIKA AKAN MENIKAH

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan hanya sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

16 Nasihat Pernikahan Yang Indah Untuk DiKenang

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoakan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila Anda berpikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan doa mereka.

5. SEJAK MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA BERGOLAK

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.Saling memahami.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami Anda 100%.

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan Anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami Anda 100% dan cintai anak-anak Anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA BELUM BAIK DAN KUKUH

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami & isteri.

11. KETIKA EKONOMI MEMBAIK

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA MENDIDIK ANAK

Jadilah tauladan yang baik bagi anak-anak dalam kehidupan rumah tangga.

13. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

14. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan. Orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak, kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak.

15. KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahwa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16. KETIKA SUAMI MULA DIKETEPI

Jangan dituruti, cukuplah isteri sebagai pelabuhan hati.

Semoga dengan mengamalkan semua nasihat pernikahan di atas akan menghasilkan keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah, serta hidup bahagia bersama dan hanya maut yang dapat memisahkan.

Isteri jangan lah berkasar dengan suami yang baik dan soleh.

Kerana bidadari di syurga akan terus berdoa
Semoga suaminya itu cepat masuk syurga.
Dan berkata binasalah wanita itu.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui Yang Nyata Dan Tersembunyi.. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close