Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Cara Paling Berkesan Untuk Tingkatkan Trafik Blog

4 Cara Paling Berkesan Untuk Tingkatkan Trafik Blog. Sejak kebelakangan ini ramai blogger menulis bahawa mereka mengalami trafik yang merundum, sama seperti saya. Jadi saya cuba buat sesuatu dan jadikan analisa ke atas blog ini. Satu persatu cara saya gunakan untuk mengekalkan trafik blog dalam lingkungan 25 ribu sehari. Sukar jugak kan nak maintain. Kena ada kekuatan jiwa dan semangat berjuang untuk lakukan yang terbaik. Sebab.. saya menulis bukan berdasarkan nama atau populariti. Jadi, saya kena buat sesuatu untuk terus sustain dalam industri blog ni.. 🙄🙄

Ada beberapa blogger Indonesia menyenaraikan cara-cara nak tingkatkan trafik blog. Antaranya:

1. Ping blog ke laman ping seperti ping-o matic, babab.net, ping.net dan sebagainya
2. Ping entry ke laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google plus, Linkedin dan sebagainya
3. Buat iklan Google Adwords untuk promosikan blog anda
4. Entry mesra SEO
5. Letakkan keywords di setiap image alt tags, ia memudahkan search engines menyenaraikan keyword image anda
6. Daftarkan url blog pada enjin carian Google, Yahoo, Bing dan sebagainya
7. Traffic Exchange / banner exchange dengan web @ blog lain.
8. Dan banyak lagi...

4 Cara Paling Berkesan Untuk Tingkatkan Trafik Blog


Namun begitu, saya memilih cara di bawah untuk meningkatkan trafik blog secara berkesan. Lain orang lain caranya.. jika anda rasa cara yang saya kongsikan di bawah lebih sesuai. Anda boleh saja mempraktikkan kepada blog anda.

4 Cara Paling Berkesan Untuk Tingkatkan Trafik Blog
Gambar hiasan

1. Ping entry ke media sosial


Jika anda tak ada ramai followers dalam senarai Google Friend Connect atau Google plus ataupun FB page.. anda masih boleh ping entry anda ke group-group blogger yang anda jadi member. Ping entry anda di sana selepas anda publishkan di Google. Kita pun tak pandai sangat nak buat entri yang confirm mesra SEO, jadi dengan cara ping entry ke Group blogger terpilih, akan meningkatkan trafik blog anda. Insyaa Allah. Jangan abaikan kelebihan peranan media sosial ni ya..

Paling bagus ping entry ke 3 group blogger terkenal dalam satu-satu masa. Jangan ping terlalu kerap.. nanti anda dikenakan penalti. Atau dianggap spam.. bahaya jugak kan..

2. Blogwalking


Blogwalking juga akan meningkatkan trafik blog. Tetapi anda kena rajin tinggalkan komen pada salah satu entry yang anda kunjungi. Barulah rakan blogger anda boleh melawat anda semula.. berkunjung ke blog anda dan secara tak langsung meningkatkan trafik blog. Tapi cara ni lambat sikit laa..

3. Buat Giveaway atau Contest


Haa.. dengan buat Giveaway atau contest.. blog anda pasti menerima trafik yang mencanak. Lebih-lebih lagi bila anda menawarkan hadiah lumayan untuk contest yang anda anjurkan. Masa ni lah nanti income anda pun masyuk.. terutamanya jika anda memasang iklan Adsense.

4. Publish entry ketika waktu puncak iaitu pukul 2 petang hingga 5 petang.


Jika anda lihat pada analisa bloag anda.. lihat waktu paling tinggi trafik dicapai dalam tempoh 24 jam. Jika paling ramai melayari blog pada pukul 2 hingga 5 petang, maka anda boleh publish entry baru pada waktu tersebut. Buatlah berdasarkan analisa blog anda. Jika blog saya contohnya, trafik paling tinggi adalah dari pukul 2 petang hingga 5 petang. Waktu itulah saya akan schedule entry untuk diterbitkan.

Selamat mencuba. Buat blog ni seronok sebenarnya. Dalam kita berkongsi kan minat menulis kita, kita boleh jana income pada bila-bila masa siang atau malam. Yang penting kita seronok melakukannya dan orang lain pun seronok membaca blog kita. Setuju tak?

Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. Terima kasih di atas perkongsian tip2 ini. Tip no 3 tu, giveaway akak tak pernah lagi coba sebab tak tau macam mana nak kendalikan nya. In sha Allah nanti kak cari info dan coba praktik kan

    Jom tingkatkan trafik ke blog anda dengan 12 tip sempoi ini



    Jom tingkatkan trafik ke blog anda dengan 12 tip sempoi ini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian tips....boleh dipraktikkan untuk blog PC.

    ReplyDelete
  3. Tips berguna sebagai blogger aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza.. smoga dpt dipraktikkan jika sesuai..

      Delete
  4. Tips yang bagus! Nnt cheq nak cuba buat giveaway..hihi

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close