Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Nangka Untuk Tubuh Anda

Khasiat Buah Nangka Untuk Tubuh Anda. Buah nangka memang sedap. Isinya berwarna kuning oren dan rasanya manis. Sedap juga dibuat pengat dan kuih nagasari. Ketika nangka masih muda, boleh juga di masak lemak dengan perut lembu. Siapa yang pandai makan, memang sedap..

Pokok nangka sentiasa menghijau, tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok tumbuh secara melurus dan mengandungi susu getah yang pekat. Buahnya terdapat di batang pokok dan dahan utama. Bila masak buah berbentuk bujur, berukuran lebih kurang 30 inci“ 90 sm panjang dan 25 inci 50 sm lebar. Buah yang telah masak mengeluarkan aroma yang kuat. Wangi tu bau buah nangka yang sudah masak. Satu rumah boleh bau..

Nangka ialah sejenis buah-buahan yang tidak bermusim dan pengeluaran buah ialah sepanjang tahun. Musim utama ialah pada Oktober-November.

Nangka berkemungkinan berasal dari India. Ianya juga terdapat ditanam di Indonesia, Thailand dan Filipina.

Kawasan Utama Tanaman nangka di Malaysia adalah Johor, Pahang, Kedah dan Terengganu.

Nangka enak dimakan begitu sahaja atau boleh diproses. Selain dibuat jus minuman, kordial, kari dan dijadikan sebagai pencuci mulut.


Khasiat Buah Nangka Untuk Tubuh Anda


Setelah anda tahu sedikit asal usul dan penanaman pokok nangka, sekarang ni saya nak share manfaat atau khasiat buah nangka kepada tubuh anda. 

Khasiat Buah Nangka Untuk Tubuh Anda

1. Kalium dalam nangka berkesan dalam mengurangi kemungkinan penyakit jantung karena boleh menurunkan tekanan darah.

2. Kandungan zat besi dalam buah yang berserat ini membantu mencegah anemia dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.

3. Akar pohon nangka adalah ubat yang baik bagi orang yang menderita asma. Merebus akar dan ekstrak nangka ternyata dapat membantu untuk mengawal asma.

4. Salah satu khasiat kesihatan dari nangka adalah melindungi tiroid sihat. Mineral mikro dan tembaga dalam nangka juga berkesan untuk metabolisme tiroid. Hal ini sangat baik untuk mengeluarkan hormon dan penyerapan.

5. Gula asli seperti fruktosa dan sukrosa dalam buah nangka menjadikannya sebuah sumber energi. Nangka dapat meningkatkan energi dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol.

6. Nangka boleh menyembuhkan borok dan gangguan pencernaan. Buah berserat tinggi ini mencegah sembelit dan melancarkan gerakan usus.

7. Nangka juga bermanfaat untuk keselihatan mata dan kulit. Buah ini mengandungi vitamin A yang memelihara kesihatan mata dan kelembutan kulit. Nangka juga mencegah gangguan mata seperti degenerasi makula dan rabun senja.

Khasiat Buah Nangka Untuk Tubuh Anda

8. Manfaat kesihatan dari nangka untuk tulang. Buah ini baik untuk anak-anak muda dalam menjaga kesihatan tulang. Nangka kaya dengan magnesium yang memperkuat tulang dan mencegah tubuh dari gangguan tulang seperti osteoporosis.

9. Manfaat gizi dari nangka adalah sumber makanan yang kaya dengan vitamin C dan A. Nutrisi anti-oksidan dalam nangka memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan melindungi dari infeksi bakteria dan virus.

Itulah antara khasiat buah nangka untuk kesihatan tuhuh badan kita. Ada yang tak tahan makan nangka, takut rasa sebu dan sebagainya. Bagi orang yang tak tahan makan nangka masak, apa kata anda makan nangka yang di masak terlebih dahulu seperti pengat nangka dan masak lemak nangka untuk mendapat khasiatnya itu.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close