Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas. Asam pedas antara menu masakan yang mudah disediakan. Samada masak daging, ayam ataupun ikan. Tapi yang bezakan adalah rasanya. Ya lah itu sebab air tangan seseorang menghasilkan rasa yang berbeza walau dengan bahan yang sama je..

Saya pun suka masak asam pedas. Semua ikan saya pernah masak asam pedas, kalau tak silap. Saya suka kuah asam pedas yang agak cair. Hmm.. harum daun kesum dan kuah yang segar.. memang sedap dihirup macam tu je..

Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas 



Bahan-bahan:

2 ekor ikan tenggiri
Asam jawa
Bunga kantan (pilih bunga kantan yg masih segar agar kuah asam pedas tak rasa pahit.
Daun kesum secukupnya
Setengah sudu kecil biji halba (bagi menyedapkan rasa)

Bahan kisar:

Lada Kering 15-20 biji (rendam dulu dan cuci)
Bawang merah Holland 1 setengah labu
Bawang merah kecil (3-4 biji)
Bawang putih (3-4 ulas)
Halia (1 inci)
3 batang serai ketuk atau kisar
Kunyit hidup sedikit @ kunyit serbuk

Cara Masak Ikan Tenggiri Asam Pedas


1. Ikan dibasuh bersih (rendam dalam air asam jawa dan limau), dibilas dan ditoskan :)

2. Tumiskan setengah sudu kecil biji halba hingga wangi

3. Tumiskan pula bahan-bahan kisar tadi (lada kering, bawangs, halia, kunyit). Tumis hingga pecah minyak

4. Masukkan ikan dan air asam jawa secukup rasa

5. Masak hingga mendidih dan perisakan dengan garam.

6. Akhir sekali masukkan sedikit daun kesum dan sebatang bunga kantan yang dah dibelah.
Kacau rata dan biarkan hingga semua masak.
Siap untuk dihidangkan.


Asam pedas ikan tenggiri siap dihidangkan dengan kuahnya cair sedikit. Letak sayur bendi lagi sedap. Kalau tak suka tak perlu letak.

Lain-lain bahan tambahan adalah tomato yang dibelah 4. Itu pun boleh menambahkan selera anda.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close