Resepi Mee Kari Ayam Paling Simple Dan Sedap. Kali ni saya masak mee kari lagi. Mee kari ayam kegemaran anak beranak. Kadang-kadang saya masak mee kari letak fishball dan ada ketika letak fish cake. Tapi fish cake macam masin sikit. So anak-anak lebih suka fish ball. Nak sediakan mee kari jangan guna lebih kari, nanti tak sedap. Biar cair kuah mee kari tu.. sedap nak hirup nanti.
Mee kari ayam simple je pun dah sedap. Saya pernah letak sotong dan udang.. tak berapa nak laku pulak. Akhirnya saya cuma letak ayam dan isi kerang. Memang yummy!! Cara nak makan dan hiasan mee kari.. sendiri pilihlah. Haha...
Bahan-bahan:
Hiasan/ Hidangan:
1 kg mee kuning - dicelur dengan air panas
5 biji telur rebus - belah 2
5 tangkai cili hijau - hiris
1 mangkuk tauge
3 biji tahu - digoreng dan potong kecil
Daun sup dihiris secukupnya
Bawang goreng - tabur atas mee kari
Limau kasturi
Bahan Kuah Mee Kari:
1 ekor ayam potong kecil-kecil
1 mangkuk isi kerang
Fish ball secukupnya
1 bungkus kecil serbuk kari daging
3 sudu besar bahan yang telah di kisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili kering)
1 kotak santan
2 batang sayur sawi - potong kasar
Garam dan gula secukupnya
Jom tengok cara menyediakan kuah mee kari simple dan sedap.
1. Tumis semua bahan kisar yang telah diadun dengan serbuk kari hingga naik bau. Masukkan ayam. Biarkan seketika hingga ayam empuk.
2. Masukkan santan. Kacau rata. Biar mendidih. Kalau kuah mee kari masih pekat, tambahkan air, ikut citarasa anda..
3. Masukkan fish ball, sayur sawi dan isi kerang.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
Kuah Mee kari ayam simple siap untuk dihidangkan.
Sedapnya.. mee kari walaupun simple je..
So.. hiaslah ikut bahan kegemaran anda. Macam saya ada telur rebus, cili hidup, limau kasturi, tauge dan bawang goreng. Taburkan semua dalam mee yang telah di tuang dengan kuah mee kari. Pasti sedap.
Selamat mencuba.

Resepi Mee Kari Ayam Paling Simple Dan Sedap

Cara menyediakan kuah mee kari paling simple dan sedap
Jom tengok cara menyediakan kuah mee kari simple dan sedap.
1. Tumis semua bahan kisar yang telah diadun dengan serbuk kari hingga naik bau. Masukkan ayam. Biarkan seketika hingga ayam empuk.
2. Masukkan santan. Kacau rata. Biar mendidih. Kalau kuah mee kari masih pekat, tambahkan air, ikut citarasa anda..
3. Masukkan fish ball, sayur sawi dan isi kerang.
4. Perisakan dengan garam dan gula.
Kuah Mee kari ayam simple siap untuk dihidangkan.
Sedapnya.. mee kari walaupun simple je..
So.. hiaslah ikut bahan kegemaran anda. Macam saya ada telur rebus, cili hidup, limau kasturi, tauge dan bawang goreng. Taburkan semua dalam mee yang telah di tuang dengan kuah mee kari. Pasti sedap.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.