Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Menguji Kesetiaan Wanita

Menguji Kesetiaan Wanita - Wanita antara golongan yang setia. Tidak terhad dalam percintaan sahaja, begitu juga dalam persahabatan dan perkongsian perniagaan. Wanita memiliki hati yang lembut sudah selayaknya mereka amat menghargai sesuatu perhubungan dengan berhati-hati.




Namun begitu terdapat juga kesangsian daripada kaum lelaki samada benarkah wanita adalah kaum yang benar-benar setia? Tidak caya ke? Kerana mengikut pengamatan saya, kebanyakan wanita akan mudah terluka walaupun dikhianati atau ditipu dalam hal yang remeh.

Mari kita uji samada wanita benar-benar setia atau sekadar berselindung di sebalik sebuah ego yang tinggi. Hehe...

Menguji Kesetiaan Wanita


1. Membuatnya cemburu


Wahai lelaki...cuba buat seorang wanita yang anda sayangi cemburu. Nak tahu caranya? Hihi...cuba buat panggilan kepada rakan wanita anda di hadapannya. Apakah reaksi yang ditunjukkan? Cemburu atau tak kisah? Jikalau cemburu tandanya sayang, jika sayangkan seseorang itu, wanita akan menjaga kesetiaannya. Tetapi sebaliknya jika pasangan anda buat tak kisah, bagaimana pula? Jangan tuduhnya tidak setia, mungkin dia tahu bahawa anda sengaja mengujinya...hihi.

Jika wanita yang telah matang, mereka tidak akan membuta tuli menunjukkan rasa cemburu mereka.

2. Meminta orang lain menggodanya


Yang ini anda kena tanggung risiko. Cuba minta rakan baik awak untuk menggoda atau menganggu pasangan anda. Apakah respon pasangan? Adakah mereka akan beterus terang atau melayan godaan tersebut. Jika pasangan buat tak layan, si dia memang seorang yang setia dan menjaga perhubungan dengan yang selayaknya. Tetapi jika sebaliknya, anda harus berfikiran waras. Memberikan nasihat ataupun mungkin peluang kedua.

Jika tidak mahu hati terus sakit, baik lupakan si dia. Jika anda pasangan suami isteri, cara ini sebaik-baiknya dielakkan. Wanita yang setia akan menolak atau menjauhi pelawaan dan ajakan rakannya atau orang lain yang teman lelakinya atau pasangannya tidak sukai.

3. Berpura-pura sakit


Cuba anda berpura-pura sakit. Adakah si dia sentiasa menyokong setiap perkara yang anda lakukan walaupun ketika anda jatuh sakit? Jika si dia tidak kisahkan kesihatan dan kesusahan anda, itu tandanya ramai yag menanti untuk menyenangkannya. Dan, mungkin itu tandanya dia bukan wanita yang setia. Biar sakit dan parah sekarang daripada anda tahu kecurangannya di kemudian hari.


4. Ceritakan rahsia anda


Ceritakan rahsiamu wahai lelaki. Adakah dia menerima dengan hati terbuka? Seseorang wanita yang setia akan menerima pasangan seadanya dan tidak mengharap yang lebih daripada pasangannya. Jadi lihat sesuatu situasi terlebih dahulu sebelum menghukum wanita tidak setia. Pasangan yang setia terutamanya wanita akan berlaku jujur dan bersikap terbuka, kerana tidak ada apa-apa rahsia yang dia sembunyikan. Oleh sebab itu, jika anda ceritakan rahsia anda pastikan penerimaannya samada tidak kisah atau sebaliknya.




Namun berhati-hati untuk menceritakan jenis rahsia yang sepatutnya dikongsikan ataupun perlu di simpan sendiri. Anda lebih tahu, betul tak duhai lelaki?


5. Hubungan dengan rakan-rakan wanita


Adakah si dia mudah memaafkan kesilapan anda dan juga rakan-rakannya? Adakah si dia seorang yang rendah hati iaitu tidak sombong. Jika seseorang wanita amat baik hati dan tidak berkira dengan rakan-rakan wanitanya, berkemungkinan besar beliau dalah seorang yang setia. Si dia selalu berusaha membuat pasangannya bahagia. Selalu menunjukkan rasa perihatin dan memahami pasangannya itu. Berusaha akan selalu ada untuk kamu!

Bersyukurlah jika anda memiliki seorang wanita yang setia sebagai pendamping saat anda susah ataupun senang dan menjadi pendorong kepada hidup yang lebih baik.

Namun begitu, yang sebaik-baikya pilihlah wanita dari kalangan mereka yang memiliki pengetahuan agama yang cukup. Secara logik, wanita yang tahu batasan agama, hukum halal dan haram secara sendirinya akan terus setia kepada pasangan yang telah sah menjadi miliknya. Kerana...syurga wanita yang telah berkahwin tentulah di bawah telapak kaki suaminya.

##Selamat menjadi wanita yang setia yea...

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. bagus gak idea ni... tapi malas la nak uji-uji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...hanya sekadar perkongsian maklumat...

      Delete
    2. Ini utk yg nk uji..dh gtau awal2 kan tips utk yg nk uji..klu xnk,simpan sndiri sudey

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close