Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Nak Bersihkan Tandas Dengan Lebih Mudah

Cara Nak Bersihkan Tandas Dengan Lebih Mudah. Siapa selalu hadapi masalah bila nak bersihkan tandas? Tandas susah nak dicuci? Bagaimana cara nak selesaikannya? Ada tak bahan-bahan asas yang boleh mudahkan urusan kita?

Saya ada dengar dari petua orang tua-tua cara nak bershkan toilet kita. Ada yang kata gunakan cuka, ada juga yang cadangkan air coke tin dan banyak lagi cara. Yang penting jagalah kebersihan keluarga kita.

Tandas yang bersih itu tanda tuan rumahnya pembersih dan anda boleh percayakan mereka untuk menjaga barang-barang anda jika diperlukan.

Cara Nak Bersihkan Tandas Dengan Lebih Mudah

Cara Nak Bersihkan Tandas Dengan Lebih Mudah


Jom baca cara-caranya nak bersihkan tandas dengan mudah dan bersih.

Cara dan petua di bawah sesuai untuk tandas yang dah berkulat atau berkarat..

Cara pertama, tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam. Selepas itu gosok keseluruhan mangkuk tandas menggunakan berus. Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.

Kedua, gunakan air coke. Ambil satu tin air coke. Caranya sama seperti menggunakan cuka. Tuang air coke ke dalam mangkuk tandas, biarkan seketika. Kemudian gosok menggunakan berus sehingga bersih dan bilas dengan air.

Senang, kan? Mudahnya bersihkan tandas..

Lain-lain cara bersihkan tandas dengan mudah.

1. Gunakan span penyental pinggan mangkuk bagi mendapat kesan yang lebih baik jika mahu membersihkan jubin.

2. Gunakan cecair peluntur jika mahu menanggalkan kesan lumut pada jubin. Anda hanya perlu meletak cecair tersebut pada jubin dan biar dalam beberapa jam sebelum menyentalnya.

3. Jika mahu menanggalkan kesan degil pada tab mandi atau mangkuk jamban, renjis kan sahaja dengan serbuk baking soda. Atau anda boleh menaburnya di atas span. Sentallah jubin kamar mandi anda seminggu sekali dengan girang dan ceria.

4. Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda. Anda boleh melakukannya sebelum anda mandi. Apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik mandi. Tuangkan sedikit pencuci ke dalam mangkuk tandas, gunakan berus untuk membersihkan.

5. Tidak salah jika anda menitiskan perahan lemon di dalam kamar mandi anda untuk bau yang menyenangkan dan menghilangkan bau hancing.

Akhir kata.. selamat mencuba. Dengan cara-cara yabg dikongsikan diharap tandas anda sentiasa bersih dan wangi.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close