Cara Nak Tahu Seseorang Tak Suka Kita. Haha.. tajuk ada kontroversi sikit ni, tak suka tak payah baca. Dari situ kita dah boleh tahu orang tak suka kita.. ya tak? Hihi.. nak share juga dengan anda semua cara nak tahu seseorang itu tak suka kita. Biasanya berlaku kat sekolah, kat tempat kerja, kat jiran-jiran. Haha.. bukan nak mengumpat ya, sekadar mencari jalan atau ambil tahu sebab musabab kenapa seseorang tak suka kita. Betul tak?
Orang tak suka kita sebab apa? Mungkin kerana kita ego? Mungkin kita selalu menyakitkan hatinya. Atau pun tak suka tanpa sebab.. tak percaya ke? Percayalah.. ada orang yang tak suka kita tanpa sebab yang logik. Bila kita tanya kenapa menyampah sangat kat kita? Ada yang kata sebab kita lebih dari dia.
Ingat ya.. ada orang yang memang tak suka kita sebab kita lebih dari dia. Bahaya kan..
Orang tak suka kita sebab kita lebih dari dia? Abaikan mereka je.. jadikan diri kita lebih berharga lagi. Jadi diri sendiri. Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Yang penting kita tahu siapa kita. Yang paling penting, Allah Maha Mengetahui siapa kita sebenarnya..
Ada caranya jika nak tahu seseorang tu suka kita atau tidak. Ini bukan entri tentang crush korang atau pak we mak we, ini entri rambang tentang masyarakat sosial yang kita hadap hari-hari. Contohnya rakan-rakan, jiran tetangga, bos di tempat kerja, budak-budak sekolah yang kejap gaduh kejap baik tu.. ini entri khas untuk mereka.😎😎😎
Kalau orang tak senyum walau kita dah senyum kat dia, maka lupakanlah. Dia dah tak suka kita tu.. maka berpadalah jika nak menergurnya atau bergurau. Takut dia tersentap pulak. Anda pulak, nak senyum kat dia ke? Terpulanglah.. kalau anda senyum.. anda juga yang dapat mengumpul pahala.
Kita ada atau tiada tak menjadi hal kepadanya. Dalam pejabat pun ada berlaku macam ni. Kita MC, cuti dan sebagainya pun bos tak kisah. Sebab dia muak dengan kerenah kita yang tak berfungsi kepada syarikat. Suka auta.. haha. Jika satu tahap bos dah tak suka kita kerana perangai kita.. maka berhati-hatilah. Mungkin bonus dan kenaikan pangkat anda akan ada masalah nanti..
Kalau ada kawan-kawan atau adik beradik marah-marah tak tentu pasal pun itu salah satu tanda dia tak suka kita. Tak suka sebab dah tak tahan dengan perangai kita kut. Ada sesetengah perbuatan kita yang menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedar. Yang ni kita kena awasi ya...
Orang yang asyik mengelak dari kita tu tandanya dia tak suka kita. Kalau boleh tak nak lalu depan rumah kita. Kalau boleh tak nak jumpa atau tunjuk muka walau berselisih bahu. Dia bukan benci, cuma tak suka kita. Takut kita tagih hutang lama dia kut..
Kalau orang dah tak suka kat kita tak payahlah nak dilayan sangat. Dia bukan benci sampai nak tamatkan riwayat kita.. cuma tak suka. Jenis orang macam ni mesti ada benda yang dia tak puas hati kat kita tapi tak dapat nak cakap. Mungkin tak kuasa nak berterus terang dengan kita.
Orang dah tak suka? Biarkanlah. Teruskan je hidup kamu. Kita bukannya bangun pagi setiap hari nak hadap perangai orang macam tu. Pilih kehidupan kita dengan baik. Nikmatinya... anda berhak untuk memilih jalan hidup anda.
Saya berharap anda semua dapatlah sikit info cara nak tahu seseorang tak suka kita. Dah tak suka tak apa. Dah penat nanti mesti dia akan cari kita balik. Mungkin dia tak dapat apa yang kita ada.. so caranya adalah dengan menghindar dari kita.
Terpulanglah! Anda bukan hidup untuk sentiasa menjaga apa orang kata.. tetapi yang nak dipelihara adalah apa Allah kata.
Orang tak suka kita sebab apa? Mungkin kerana kita ego? Mungkin kita selalu menyakitkan hatinya. Atau pun tak suka tanpa sebab.. tak percaya ke? Percayalah.. ada orang yang tak suka kita tanpa sebab yang logik. Bila kita tanya kenapa menyampah sangat kat kita? Ada yang kata sebab kita lebih dari dia.
Ingat ya.. ada orang yang memang tak suka kita sebab kita lebih dari dia. Bahaya kan..
Orang tak suka kita sebab kita lebih dari dia? Abaikan mereka je.. jadikan diri kita lebih berharga lagi. Jadi diri sendiri. Kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Yang penting kita tahu siapa kita. Yang paling penting, Allah Maha Mengetahui siapa kita sebenarnya..
Cara Nak Tahu Seseorang Tak Suka Kita
Ada caranya jika nak tahu seseorang tu suka kita atau tidak. Ini bukan entri tentang crush korang atau pak we mak we, ini entri rambang tentang masyarakat sosial yang kita hadap hari-hari. Contohnya rakan-rakan, jiran tetangga, bos di tempat kerja, budak-budak sekolah yang kejap gaduh kejap baik tu.. ini entri khas untuk mereka.😎😎😎
1. Tidak Senyum Pada Kita
Kalau orang tak senyum walau kita dah senyum kat dia, maka lupakanlah. Dia dah tak suka kita tu.. maka berpadalah jika nak menergurnya atau bergurau. Takut dia tersentap pulak. Anda pulak, nak senyum kat dia ke? Terpulanglah.. kalau anda senyum.. anda juga yang dapat mengumpul pahala.
2. Tidak Ambil Endah Kewujudan Kita
Kita ada atau tiada tak menjadi hal kepadanya. Dalam pejabat pun ada berlaku macam ni. Kita MC, cuti dan sebagainya pun bos tak kisah. Sebab dia muak dengan kerenah kita yang tak berfungsi kepada syarikat. Suka auta.. haha. Jika satu tahap bos dah tak suka kita kerana perangai kita.. maka berhati-hatilah. Mungkin bonus dan kenaikan pangkat anda akan ada masalah nanti..
3. Suka marah-marah tak tentu hal
Kalau ada kawan-kawan atau adik beradik marah-marah tak tentu pasal pun itu salah satu tanda dia tak suka kita. Tak suka sebab dah tak tahan dengan perangai kita kut. Ada sesetengah perbuatan kita yang menyakitkan hati orang lain tanpa kita sedar. Yang ni kita kena awasi ya...
4. Mengelak dari bertembung dengan kita
Orang yang asyik mengelak dari kita tu tandanya dia tak suka kita. Kalau boleh tak nak lalu depan rumah kita. Kalau boleh tak nak jumpa atau tunjuk muka walau berselisih bahu. Dia bukan benci, cuma tak suka kita. Takut kita tagih hutang lama dia kut..
Orang dah tak suka? Biarkanlah. Teruskan je hidup kamu. Kita bukannya bangun pagi setiap hari nak hadap perangai orang macam tu. Pilih kehidupan kita dengan baik. Nikmatinya... anda berhak untuk memilih jalan hidup anda.
Saya berharap anda semua dapatlah sikit info cara nak tahu seseorang tak suka kita. Dah tak suka tak apa. Dah penat nanti mesti dia akan cari kita balik. Mungkin dia tak dapat apa yang kita ada.. so caranya adalah dengan menghindar dari kita.
Terpulanglah! Anda bukan hidup untuk sentiasa menjaga apa orang kata.. tetapi yang nak dipelihara adalah apa Allah kata.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.