Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ke Mana Hilang Senyummu?

Ke Mana Hilang Senyummu? Semalam begitu indah bila kamu tersenyum. Beralun gelakmu memerhati tingkah manusia. Begitu kamu membuat teka dan cerita.. tentang tirai rahsia setiap dari mereka. Ketika kamu tertawa sambil menjamah hidangan, kamu masih sempat membuat bidas tentang menu di restoran itu. Manisnya memori kita. Antara tawa dan tangis, semuanya berlaku dalam gembira.

Tawa dan tangis kita.. dalam senyuman cukup untuk bercerita. Kisah kita adalah kisah teman dan sahabat, bergaduh berpaling muka sudah biasa.. tapi pada titik akhirnya kita duduk semeja menghirup kopi panas di kedai mamak!

Berkata-kata dalam bahasa tak berlapik, kita saling mengguris hati tapi tak pernah terasa. Kita tak segan mohon maaf dan memaafkan. Kasarnya persahabatan kita mengundang risau teman yang lain tetapi.. mereka tak tahu dalam rentak tak seirama itulah kita menggapai kejayaan dalam kerjaya dan persahabatan kita. Kita akan terus bergaduh untuk berdamai. Betul kan, kawan?

Ke Mana Hilang Senyummu?

Cuma kini, senyuman mu semakin pudar di telan arus masa yang deras. Masa semakin cemburu pada akrabnya kita. Tak mengapalah.

Itulah namanya putaran roda kehidupan. Kita kan atasi bersama-sama.. macam selalu. Okay!

Ke Mana Hilang Senyummu?


Kini, musim telah berganti.

Ke mana hilang senyummu? Ke mana pergi tawamu? Kita tak pernah hilang khabar dan berita.. tetapi hilang sudah serinya akrab kita suatu ketika dahulu?

Apakah jarak dan ruang waktu menjadi dengki atas perhubungan ini?

Tak tahu di mana silap. Tak pasti di mana nak di cari senyummu yang dahulu. Kini hanya harapan palsu.

Kamu ada tetapi bagaikan sepi terasa. Kamu di situ tetapi bagaikan batu, kaku dan bisu. Kamu bercerita tetapi hanya sumbang nada yang hadir di telinga. Kamu mengusik, tetapi aku yang tak mampu bertingkah seiringan.

Apa yang perlu kita lakukan, kawan?

Acapkali kesibukan menjadi halangan. Kerap pula komitmen kepada keluarga menjadi punca jaraknya kisah kita. Ada saja agenda yang menghalang waktu kebersamaan kita seperti dahulu. Agaknya.. inilah harga yang perlu kita bayar. Bila usia meningkat dewasa, kematangan menjadikan kita memilih mana yang utama. Bukannya lupa pada mu kawan, tetapi bak kata mu.. kita ada suami dan anak yang perlu di pelihara.

Ke Mana Hilang Senyummu?

Tak mengapa.. kita menyepi sebenarnya saling mengingati. Kita tak berjumpa tetapi sebenarnya selalu bersua di ruangan maya. Cuma.. entah bila kita kan dapat bersama seperti dahulu.. ketawa bersama menyelusuri hari kedewasaan pula.

Semoga ikatan ukhwah kita akan berpanjangan walau bila usia menginjak tua, bercucu cicit kita.. engkau dan aku masih ada masa untuk tersenyum semula.

Tersenyumlah semula wahai mentari.. sinari hari-hari damai kami nanti.

Dalam kehidupan ini ada yang kita mahu dan harapkan sekadar singgah dan pergi. Ada pula yang kita tak tunggu tetapi datang dan terus menanti. Itulah takdir kehidupan.

Bahagia dan derita dipisahkan oleh rasanya tetapi tetap berparut dalam memori. Takkan hilang selagi hayat dikandung badan.

Semoga kita semua dilimpahi kebahagiaan dan kekayaan dalam senyuman.

Luahan,
💚Aynora Nur💚

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close