Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Subhanallah!! Dahsyatnya Surah Al Ikhlas Yang Tertulis Di Sayap Malaikat

Dahsyatnya Surah Al Ikhlas. Subhanallah. Memang dahsyat surah al Ikhlas ni wahai rakan muslim sekalian. Bagi yang membacanya setiap hari, insyaa Allah akan membuang rasa riak dalam diri kita. Sebab apa? Kerana kita mengEsakan yang satu sahaja iaitu Allah. Dia yang memiliki segala kelebihan. Kita pun mengakujanji dengan , Katakanlah! Dialah Allah." Siapa kita nak mendongak ke langit dengan sombong dan angkuh sedangkan kita beriman bahawa Allah satu dan Dialah pemilik segalanya. Ustaz kata, nak buang rasa riak dan sombong.. amalkan baca surah al ikhlas setiap hari selepas solat fardhu.

Subhanallah!! Dahsyatnya Surah Al Ikhlas Yang Tertulis Di Sayap Malaikat 

Maksud surah al Ikhlas dalam rumi:
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". 

Dahsyatnya Surah Al Ikhlas Hinggakan Malaikat Hadiahkan Bacaan Pahala Mereka Kepada Yang Membacanya


Surah Al-Ikhlaá¹£ terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Begitu dahsyatnya surah al Ikhlas dan begitu banyak fadhilat kepada mereka yang membaca dan mengamalkannya. Rasulullah Muhammad S.A.W. pada suatu ketika bersabda,

”Demi Allah yang jiwaku di Genggaman-Nya, sesungguhnya,

1. QUL HUWALLAHU AHAD ... itu tertulis di sayap Malaikat Jibril.

2. ALLAHHUS SOMAD ... itu tertulis di sayap Malaikat Mikail.

3. LAMYALID WALAM YUULAD ... tertulis pada, sayap Malaikat Izra'il,

4. WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD ... tertulis pada sayap Malaikat Israfil."

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah S.A.W. telah bersabda,

"Ketika saya {Rasulullah S.A.W.} Isra’ ke langit, "saya melihat Arasy di atas 360,000 pilar, dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap pilar  itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari Timur  hingga ke Barat.

Pada setiap padang itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca Surah tersebut, maka berkata mereka,

”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas, baik lelaki maupun perempuan.”

Riwayat Anas bin Malik juga merekam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.

Suatu ketika 70,000 Malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal, kedatangan para Malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70.000 Malaikat itu diutus hanya  kerana almarhum sering membaca surah Al-Ikhlas ini.

Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad S.A.W. di Tabuk, merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya, dan Malaikat Jibril datang kepada  Nabi untuk memberitakan peristiwa yang sedang terjadi di Madinah.

Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya, dan para Malaikat akan  membawanya dengan sayap mereka melintasi Titian Siratul Mustaqim lalu menuju ke Surga. (HR Qurthuby).

Bacalah Surah Al-Ikhlas selepas selesai solat fardhu sebagai amalan harian. InsyaAllah berkat surah Al-Ikhlas yang kita baca itu, kita akan mendapatkan kebaikan di dunia dan akhirat. Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. Daripada Abu Hurairah; Rasululllah SAW bersabda:“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).” (HR: Ibnu Majah r.a.)Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali, nescaya Allah akan sediakan baginya satu mahligai indah dalam syurga.”Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas pada perkuburan sebanyak 11 kali, kemudian dihadiahkan pahalanya kepada ahli kubur, nescaya diberikan kepada si pembacanya pahala sebanyak bilangan ahli kubur di situ.”Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali setiap selesai solat Subuh maka dirinya akan dijaga dari perbuatan dosa selama sehari tersebut.”

SUBHANALLAH!! Dahsyatnya surah al ikhlas yang tertulis di sayap Malaikat.. Ya Allah, jadikanlah kami sekeluarga selalu membaca Surah Al Ikhlas, dan wafat dalam keadaan KHUSNUL KHATIMAH.

#Allohumma sholli 'ala sayyidina Muhammad..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close