7 Sebab Hilangnya Rezeki Dalam Rumahtangga. Rumahtangga adalah sebuah institusi kekeluargaan yang ada pelbagai rencah dan ragam di dalamnya. Ada rumahtangga yang bahagia dan tenang selalu. Ada pula rumahtangga yang bergelora dilanda badai tanpa henti. Segala kemanisan dan kepahitan dalam rumahtangga adalah ujian dari Allah. Jika mampu bertahan dan memperbaiki rumahtangga tersebut.. maka kejayaan yang manis menanti anda.
Hiasilah rumahtangga dengan sikap-sikap yang baik dan murni. Sentiasa berusaha untuk hidup dalam sakinah, mawaddah, warohmah..
Usah berbalah dengan pasangan kita. Duduk berbincang dan cari persefahaman. Rezeki akan tersekat jika pasangan selalu bergaduh dan tak redha antara satu sama lain.
Anak-anak adalah anugerah dan rezeki dari Allah. Usah merungut dengan tanggungjawab yang diberi. Curahkan kasih sayang sepenuh hati dan usahakan rezeki buat mereka. Anak-anak adalah amanah. Setiap kelahiran mereka telah Allah tentukan rezeki masing-masing. Jangan mengeluh.
Rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama keluarga. Sikap lokek atau kedekut terutamanya kepada isteri akan menyempitkan rezeki. Usah terlalu berkira, belanja saja.
Jika berselisih faham dengan pasangan, kawal emosi. Elak tinggikan suara; apatah lagi angkat tangan, memukul pasangan. Ucapkan perkataan yang baik-baik dan belajar memaafkan pasangan dan anak-anak.
Hidup berkeluarga ada saja hal serta kerenah pasangan dan anak-anak yang kurang kita senangi. Dahulukan rasa sabar. Beri nasihat dan cari jalan penyelesaian secara baik.
Syukur dengan apa yang kita ada sekarang. Usah lihat kelebihan orang lain, samada hartanya, zuriat dan darjat mereka. Setiap orang punya bahagian masing-masing. Bersyukur adalah salah satu kunci murah rezeki. Insyaa Allah.
Doa boleh menjadi sebab berubah sesuatu perkara dengan izin Allah. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa dan setiap munajat kita kerana kuasa doa itu sangat hebat.
Doa untuk rumahtangga harmoni,
رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا
Yang ertinya :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)
Insyaa Allah.. semoga kita semua dapat memanfaatkan sebab musabab mengapa hilangnya rezeki dalam rumahtangga. Setiap kejahilan kita dalam ilmu rumahtangga boleh diatasi dengan mengamalkan perbincangan dan tolak ansur. Sayangi keluarga anda kerana itulah aset yang anda ada untuk membantu anda masuk ke syurga. Inilah amanah. Jagalah ia!

7 Sebab Hilangnya Rezeki Dalam Rumahtangga
Rumahtangga adalah seperti sebuah ladang yang luas, tempat kita mengumpul dan menggali rezeki untuk bekalan ke akhirat nanti. Bajai dan suburkan rumahtangga anda agar semua ahli yang bekerja di atas ladang tersebut dapat sama-sama berkumpul di akhirat nanti.
Jom baca perkongsian di bawah sebab-sebab mengapa hilangnya rezeki dalam rumahtangga.
1. Selalu bergaduh
Usah berbalah dengan pasangan kita. Duduk berbincang dan cari persefahaman. Rezeki akan tersekat jika pasangan selalu bergaduh dan tak redha antara satu sama lain.
2. Merasakan Anak sebagai beban
Anak-anak adalah anugerah dan rezeki dari Allah. Usah merungut dengan tanggungjawab yang diberi. Curahkan kasih sayang sepenuh hati dan usahakan rezeki buat mereka. Anak-anak adalah amanah. Setiap kelahiran mereka telah Allah tentukan rezeki masing-masing. Jangan mengeluh.
3. Kedekut
Rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama keluarga. Sikap lokek atau kedekut terutamanya kepada isteri akan menyempitkan rezeki. Usah terlalu berkira, belanja saja.
4. Panas baran
Jika berselisih faham dengan pasangan, kawal emosi. Elak tinggikan suara; apatah lagi angkat tangan, memukul pasangan. Ucapkan perkataan yang baik-baik dan belajar memaafkan pasangan dan anak-anak.
5. Kurang sabar
Hidup berkeluarga ada saja hal serta kerenah pasangan dan anak-anak yang kurang kita senangi. Dahulukan rasa sabar. Beri nasihat dan cari jalan penyelesaian secara baik.
6. Mengeluh rezeki sedikit
Syukur dengan apa yang kita ada sekarang. Usah lihat kelebihan orang lain, samada hartanya, zuriat dan darjat mereka. Setiap orang punya bahagian masing-masing. Bersyukur adalah salah satu kunci murah rezeki. Insyaa Allah.
7. Jarang berdoa
Doa boleh menjadi sebab berubah sesuatu perkara dengan izin Allah. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa dan setiap munajat kita kerana kuasa doa itu sangat hebat.
Doa untuk rumahtangga harmoni,
رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَاجِÙ†َا ÙˆَØ°ُرِّÙŠَّاتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَاجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا
Yang ertinya :
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Furqon: 74)
Insyaa Allah.. semoga kita semua dapat memanfaatkan sebab musabab mengapa hilangnya rezeki dalam rumahtangga. Setiap kejahilan kita dalam ilmu rumahtangga boleh diatasi dengan mengamalkan perbincangan dan tolak ansur. Sayangi keluarga anda kerana itulah aset yang anda ada untuk membantu anda masuk ke syurga. Inilah amanah. Jagalah ia!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.