Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aset Yang Bernilai Bukanlah Harta Benda

Aset Yang Bernilai Bukanlah Harta. Harta benda berjuta tak akan mampu membantu di akhirat kecuali harta yang telah disedekahkan kepada golongan yang memerlukan. Harta tak akan ada nilainya jika tidak digunakan dengan sempurna dan pada jalan yang betul.

Anak adalah sebagai penyejuk mata dan penennag hati.

Allah menjelaskan dalam surah al Furqan ayat 4, yang bermaksud;

"Dan orang-orang yang berkata, "Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwa."

Anak yang bernilai adalah apakala mereka menjadi penyejuk mata dan penenang hati kepada orang tuanya. Itulah yang disebut sebagai aset yang bernilai iaitu anak-anak, bukannya harta benda dan wang berjuta.

Aset Yang Bernilai Bukanlah Harta Benda


Aset Yang Bernilai Bukanlah Harta Benda
Gambar hiasan

Aset yang bernilai bukanlah harta. Tetapi, aset yang bernilai adalah anak-anak yang kita didik dengan ilmu agama yang boleh membantu di akhirat.

Bagi ibu bapa yang memiliki anak, jagalah amanah yang Allah beri dan kurniakan kepada anda itu. Kita tidak tahu dari ramai anak-anak kita, yang mana satukah yang akan menjadi penyelamat kita di akhirat nanti. Berikanlah mereka dengan ilmu agama yang mencukupi agar ia tumbuh menjadi harta yang tak ternilai harganya.

Harta benda boleh hilang atau bertambah namun ia tak kekal. Harta benda sekadar kecukupan kita di atas muka bumi ini, Allah berikan krpada sekadar keperluan kita. Namun anak adalah amanah. Baik kita melenturnya maka akan berguna kepada kita selama-lamanya. Nilai anak yang soleh dan solehah tidak akan menyusut malahan akan berkekalan walaupun kita telah meninggal dunia.

Justeru, jangan sedih jika kita tak kaya. Jangan cemburu dengan kekayaan yang orang lain ada tetapi kita tak ada. Setiap kemampuan dan keperluan manusia berbeza-beza. Allah memberi kita di saat kita perlukan benda tu, perlukan pertolongan Allah.

Sayangi, didiklah dan berikan doa yang baik-baik buat amanah anda itu. Itulah harta yang anda ada.. yang boleh dibanggakan di akhirat nanti.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close