Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Wakiil | Al Wakiil maksudnya Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
Maka berdoalah dengan asmaul husna al Wakiil ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah.
Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..
Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..
Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Ertinya : Maha Memelihara / Maha Memelihara penyerahan / Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya –Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik. Iaitu memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
a) Apabila ‘Ya Wakil’ dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, InsyaAllah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
b) Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkanlah zikir ‘Ya Wakil’, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
c) Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa, zikirkan ‘Ya Wakil’ berterus-terusan, dari masa ke semasa, InsyaAllah akan berada dibawah perlindungan-Nya.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.
Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al Wakiil
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:
Yaa Wakiil = 66 kali atau lebih setiap hari
Ertinya : Maha Memelihara / Maha Memelihara penyerahan / Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya –Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik. Iaitu memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
a) Apabila ‘Ya Wakil’ dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, InsyaAllah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.
b) Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkanlah zikir ‘Ya Wakil’, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
c) Sesiapa yang takutkan mati lemas, hangus dalam api atau bahaya yang serupa, zikirkan ‘Ya Wakil’ berterus-terusan, dari masa ke semasa, InsyaAllah akan berada dibawah perlindungan-Nya.
Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:
4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.
Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...
Semoga bermanfaat.
Rujukan:
1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli
2. Shafiqolbu.wordpress.com

1 Comments
Sejuk dan tenangnya hati baca entri ni kak. Terima kasih. InsyaAllah, saya akan amalkan :)
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.