Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bulan Rejab Datang Kembali

Bulan Rejab Datang Kembali. Sewaktu artikel ini ditulis, bulan rejab dah pun masuk hari ke lima. Cepatnya masa berlalu. Teringat bonda,saya.. suka berpuasa sunat dalam bulan rejab. Memang tak miss, dia happy sangat bila nak dekat Ramadhan. Subhanallah.. alhamdulillah kerana kami dikurniakan bonda yang begitu baik dan memberikan contoh tauladan yang amat menginsafkan. Semoga saya juga boleh istiqamah macam bonda saya. Insyaa Allah.

Bulan Rejab adalah bulan yang mulia, disukai oleh Rasulullah. Bila sampai bulan Rejab, Nabi Muhammad akan mengamalkan doa bulan rejab sepanjang bulan tersebut. Boleh rujuk doanya seperti di bawah.

Sebenarnya keistimewaan Rejab turut disebut di dalam al-Quran dengan menyenaraikannya sebagai salah satu daripada empat bulan haram. 

Allah berfirman yang maksud-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan disisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram.... (at-Taubah: 36)

Para ulama bersepakat Rejab adalah antara bulan yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam ayat ini dan beberapa ayat lain. Jelas bahawa Allah SWT sendiri di dalam al-Quran telah memuliakan bulan Rejab dengan mengisytiharkannya sebagai salah satu daripada bulan-bulan haram.

Mengikut pandangan yang masyhur di kalangan ulama, Allah SWT juga telah memuliakan bulan Rejab dengan berlakunya di antara peristiwa terpenting dalam sirah Nabi SAW iaitu peristiwa Israk dan Mikraj di dalamnya.

Bulan Rejab Datang Kembali


Bulan Rejab adalah satu bulan yang istimewa di mana dari bulan ini kita dah mula buat persediaan dan berpuasa sunat perlahan-lahan untuk membiasakan diri ketika datangnya puasa yang diwajibkan iaitu di sepanjang bulan Ramadhan.

Doa Sepanjang Bulan Rejab


Rejab, Syaaban dan Ramadan adalah bulan yang berkait rapat. Ramadan sudah tentulah dirindui dan dinanti-nanti oleh setiap mereka yang beriman dan para pencinta Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Tempias kecintaan kita kepada Ramadan turut terkena pada Rejab dan Syaaban sebagai pengapit dan pendamping setia kepada Ramadan.

Keterkaitan dalam keberkatan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan terlihat dalam sepotong doa yang diriwayatkan oleh Anas r.a daripada Rasulullah SAW yang bererti, "Ya Allah, Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadan". (diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalamal-Syua'aab, Ibn Abi al-Dunya dan Ibn Sunniy).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ

"Ya ALLAH, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan."

Bulan Rejab Datang Kembali

Baginda Nabi Muhammad SAW memperbanyakkan Doa ini apabila telah sampai di bulan Rejab.

Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Dengan memperbanyakkan doa ini juga dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan Ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barakah ini dengan izin ALLAH.

Saya berdoa semoga kita semua dipanjangkan usia untuk bertemu ramadhan lagi pada tahun ini. Bila teringat ramadhan dah dekat.. rasa sayu pula. Gembira pun ada.. macam-macam kenangan di bulan ramadhan yang amat menggamit memori. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Sumber;
Utusan Online
Facebook

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close