Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jangan Jadi Orang Yang Menyedihkan

Jangan Jadi Orang Yang Menyedihkan. Kalau orang dah tak sayang.. berundur adalah jalan terbaik. Buat apa kamu menunggu jika dia dah tak ada hati atau kasihnya lagi. Bawa diri jauh dari kehidupan kamu sekarang untuk mudahkan kamu merawat luka. Jangan buka buku atau album kenangan antara kamu kerana kamu akan menjalani hari-hari yang penuh seksa.

Alami situasi dan warna baru persekitaran kamu. Berdampinganlah lebih kerap dengan Allah, tenpat kamu mengadu segala keluh dan kesah.. hanyalah Dia tempat kamu bergantung harap. Usah mengadu dengan orang lain. Kerana, belum tentu mereka faham apa yang kamu lalui.

Jangan Jadi Orang Yang Menyedihkan

Jangan Jadi Orang Yang Menyedihkan


Carilah orang yang bersungguh-sungguh sayangkan kita dan bukan kita saja yang bersungguh-sungguh sayangkannya.

Jangan jadi pengemis yang mengemis kasih orang hingga kita terlihat amat menyedihkan.

Undur diri jika orang dah tak sayangkan kamu kerana kasih sayang sepatutnya bawa bahagia dan bukannya kamu yang menderita.

Jika kamu telah berusaha membahagiakan pasangan dalam pelbagai sudut tetapi si dia semakin menjauh dan menyepi, maka kau tiada lagi jadi keutamaannya. Waktu itu mengertilah bahawa kamu kena memujuk hati.

Mungkin dengan cara bersabar dan berdoa.

Jangan Jadi Orang Yang Menyedihkan

Jika masih tak berubah setelah ruang dan peluang diberi, telah tiba masanya kamu membuat keputusan mencari kebahagiaan sendiri.

Jika Allah tak izinkan, sejauh mana kita berusaha pun tak akan berhasil. Maka redhalah.. dan tentukan jalan hidup kamu sendiri.

Selamat berbahagia. Tentang dia.. biarlah Allah yang uruskan. Mohon semoga Allah berikan takdir yang baik-baik kepada kita.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close