Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Kita Mesti Mempunyai Simpanan Sendiri?

Kenapa Kita Mesti Mempunyai Simpanan Sendiri? Hidup kat dalam dunia ni ada banyak sangat komitmen yang kita kena penuhi sebagai seorang manusia. Ada komitmen dengan manusia dan makhluk Allah yang lain. Justeru.. kita mesti hidup dengan cara yang baik-baik dan ada persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan.

Dari usia berapa anda mesti menyimpan? Sebenarnya.. jika anda seorang ibu atau bapa, anda dah boleh menyimpankan anak-anak anda seawal usia mereka 6 bulan. Caranya? Bukakan akaun tabung haji, atau buat akaun insurans pendidikan buat mereka. Bayar insuran setiap bulan. Dengan cara ini anda lebih berdisplin menyimpan untuk anak-anak anda.

Jika anda sudah bekerja, terus buat simpanan daripada akaun anda. Kalau boleh ambil loan ASB, ASN dan sebagainya yang boleh memaksa anda menolak/ memotong wang gaji secara konsisten setiap bulan sebagai simpanan secara "paksa". Inilah aje caranya yang saya rasakan amat bagus dan berjaya, berdasarkan pengalaman saya sendiri.


Kenapa Kita Mesti Mempunyai Simpanan Sendiri

Kenapa Kita Mesti Mempunyai Simpanan Sendiri?
Gambar hiasan dari Google
Sebagai seorang yang mahukan kehidupan yang lebih baik setiap hari, mempunyai simpanan sendiri adalah antara langkah awal untuk menikmati ketenangan hidup yang hakiki. Jom tengok mengapa kita mesti mempunyai simpanan sendiri...

1. Sebagai persediaan waktu kecemasan - kecemasan contohnya anak sakit, ibubapa terpaksa dimasukkan ke hospital dan sebagainya.

2. Untuk hidup yang lebih selesa - anda boleh beli rumah dan kenderaan yang anda rasa membuatkan anda rasa lebih selesa mengikut kemampuan simpanan anda

3. Hidup lebih tenang - hidup lebih tenang kerana dengan adanya simpanan anda boleh saja membayar segala hutang piutang dalam waktu ditetapkan. Jadi, tak kena kacau dengan panggilan telefon dari pemungut hutang

4. Membantu kedua orang tua - dengan adanya simpanan wang sendiri, kita boleh menghantar orangtua ke Mekah atau melancong

5. Untuk kesenangan diri sendiri - menyimpan juga amat berfaedah kepada diri sendiri. Anda boleh beli apa saja barang kegemaran anda

6. Agar dapat membantu orang lain - jika ada simpanan sendiri boleh juga membantu atau bersedekah kepada golongan yang memerlukan

7. Boleh melancong ke tempat-tempat kesukaan dan impian anda

Itulah antara sebab mengapa kita kena ada simpanan sendiri agar tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari. Lagipun, ada pepatah mengatakan .. "langit tidak selalu cerah.., "

Dari itu, buatlah simpanan sendiri sedari awal usia agar anda tidak kelam kabut dan buntu apabila ditimpa masalah.

Marilah menyimpan demi masa depan yang lebih terjamin.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close