Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Disebalik Ujian Allah Terhadap HambaNya

Ujian Untuk Tingkatkan Darjat Kita Di SisiNya. Tak siapa pun suka melalui ujian apatah lagi jika ujian itu amat sukar untuk diharungi. Namun, ketahuilah bahawa dengan melalui ujian demi ujian dalam hidup, kita jadi semakin matang dan berjaya dengan cara kita. Ujian yang didatangkan oleh Allah bukanlah sengaja atau suka-suka melainkan ia sebuah "hadiah" dari Allah buat hambaNya yang terpilih.

Pernah dengar? Ujian tak selalu terbungkus dengan indah. Kadang ia datang dalam bentuk dugaan dan halangan. Namun ia terkandung hikmah dan barakah buat hambaNya yang sabar.

Rahsia Disebalik Ujian Allah Terhadap HambaNya

Ujian Untuk Tingkatkan Darjat Kita Di SisiNya


Allah datangkan ujian adalah kerana dua sebab iaitu samada untuk kafarah dosa-dosa kita yang lalu. Atau, untuk tingkatkan darjat kita di sisiNya.

Dalam coretan kali ini saya hanya kongsikan sebab ujian diturunkan untuk meningkatkan darjat kita.

Ujian untuk meningkatkan darjat tidaklah terlalu menyakitkan.. dan tidak terlalu lama kerana Ujian ini UNTUK Orang yang Beriman..

Dari contoh di atas. Jika Isterinya orang beriman bermakna isteri ini SANGAT MENJAGA HUBUNGANNYA DENGAN ALLAH. SOLATNYA AWAL WAKTU. Qur'an SENTIASA diamalkan... dia sentiasa INGAT AKHIRAT, INGAT MATI.. Dia tidak cintakan Dunia. Dia sangat menjaga kualiti IBADAHNYA. Dia suka mencari ILMU dan BERAMAL dengannya..Dia tetap LAYAN Suaminya dengan baik walaupun DIUJI dengan Perangai jahat Suami.

Isteri Beriman, Diuji Suami Jahat


Isteri yang Beriman, apabila DIUJI Suami jahat begitu.. Dia tidak melihat Suami TAPI melihat ALLAH SWT yang MENGUJI sebenarnya. Orang beriman matahatinya celik. Jadi dia SABAR, dia Redha, dia IKHLAS menerima ketentuan-NYA..dia YAKIN ALLAH takdirkan begitu untuk mendekatkan lagi dirinya dengan- -NYA. Dia YAKIN ALLAH tidak zalim, ALLAH sayangkan dirinya jadi dia BERSANGKA BAIK sahaja dengan ATURAN ALLAH buat dirinya. Dia tidak akan sesekali mengadu masalahnya kepada sesiapa pun.

Apabila Isteri ini menjaga ALLAH, Maka ALLAH SWT pun menjaganya, Merahmati kehidupannya, memberikan dia Rasa Cukup, Rasa ketenangan jiwanya semuanya asbab dari Hubungannya yang baik dan Akrab dengan ALLAH SWT.

Buat Isteri Yang Beriman ini, sama ada ALLAH SWT mengubah Suaminya menjadi baik atau pun jika suaminya masih tidak mahu berubah, jalan terakhir, ditakdirkan Bercerai. Dan ALLAH Jodohkan pula dengan Lelaki yang Lebih baik.

Jadi, sahabat-sahabat.....
Tahulah kita sekarang... Kenapa kita DIUJI dengan Suami yang buruk.. sama-samalah kita MUHASABBAH DIRI.. mulai sekarang berpada-padalah jika mahu mengadu domba masalah diri kita kepada orang lain... berhati- hatilah dari asyik melihat keburukkan Orang lain tapi "Buta" dengan keaiban diri kita sendiri... allahurobbi

KETAHUILAH, sebenarnya Tidak SEMUA pasangan yang Soleh dan Solehah yang kita lihat itu Bermula dengan Soleh solehah Juga..

"KEBANYAKKANNYA" juga bermula dari keadaan JAHIL ILMU agama, hidup tidak bahagia dan asyik bermasalah cuma bezanya Mereka KEMBALI KEPADA ALLAH SWT, mereka BERTAUBAT, dan Mula Mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.... dan Mula Mengenal ALLAH SWT.

Semoga ALLAH SWT sentiasa Merahmati kehidupan kita di Dunia dan di AKHIRAT sana dengan mengurniakn kita KEFAHAMAN dalam ILMU AGAMANYA dan dipermudahkan -NYA utk kita ringan dalam melakukan Amal SOLEH Serta dikurniakan HATI yang IKHLAS Bersih..... In Sha allah Ameen ya Rabb

ALLAH TIDAK ZALIM
Kitalah yang Menzalimi diri kita sendiri.

Minta maaf jika kupasan ini menyinggung perasaan anda. Namun, begitulah.. KEBENARAN memang PAHIT untuk diterima, kerana itulah UBAT untuk MENYEDARKAN DIRI kita sendiri.

Wallahua'lam

Moga bermanfaat ☺️
Renungan untuk diri sendiri..

Semoga kita semua menjadi semakin baik dari sehari ke sehari. Ujian yang didatangkan memang tersembunyi hikmah. Bila kita melepasinya barulah kita sedar mengapa kita diuji. Allah Maha Adil. Hari ini kita dizalimi, esok lusa Allah bayar tunai balasan kepada orang yang menganiaya itu. Jangan hidup dengan angkuh dan sombong. Okay.. semoga perkongsian ini bermanfaat. Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close