Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mac

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mac. Happy birthday baby Mac! Selamat datang Mac yang manis, selamat datang duhai bulan kesayangan. Bulan Mac pasti meninggalkan kenangan kepada mereka yang lahir dalam bulan tersebut. Ada memori suka dan duka.. ada juga yang mendapat kejayaan dalam bulan Mac.

Saya biasa di kelilingi oleh mereka yang lahir dalam bulan Mac. Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan Mac nampak agak pendiam pada awalnya namun bila telah kenal, mereka agak peramah. Orang yang lahir dalam bulan Mac agak kasar penampilan mereka. Itu ikut pengalaman saya lah. Tetapi satu yang saya suka, orang yang lahir dalam bulan Mac agak tersusun kerja mereka dan pandai mengemas.

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mac

Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mac


Menurut kajian Dato Dr Fadzilah Kamsah, orang yang lahir bulan Mac ada macam-macam sikapnya. Ada yang positif dan ada juga yang negatif. Jom kita lihat senarai kajian sikap yang dilakukan oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Rahsia Tarikh Lahir Bulan Mac  


  1. Berpersonaliti menarik dan menawan 
  2. mudah didampingi 
  3. sangat pemalu dan pemendam rasa 
  4. sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati 
  5. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran 
  6. suka pada kedamaian 
  7. sangat peka kepada orang lain 
  8. sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain 
  9. tidak cepat marah dan sangat amanah 
  10. tahu balas budi dan kenang budi 
  11. pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam 
  12. kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal 
  13. suka berangan-angan 
  14. suka melancong 
  15. sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi 
  16. kelam kabut dalam memilih pasangan 
  17. suka dengan hiasan rumahtangga 
  18. punya bakat seni dalam bidang muzik 
  19. kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik  
  20. jangan terlalu 'moody'. 

Sikap dan personaliti yang positif orang lahir bulan Mac


Orang yang lahir dalam bulan Mac kebanyakannya mempunyai personaliti yang menarik dan menawan. Mereka berpenampilan kemas. Mereka suka membantu orang, sangat jujur dan adakala mudah simpati. Simpati pada orang yang susah. Lagi satu mereka amat sayangkan kucing.. hihi

Oleh kerana mereka mudah bergaul dan simpati pada orang, so pekerjaan yang sesuai tentulah kerjaya yang berkaitan dengan orang ramai seperti doktor, pegawai khidmat masyarakat ataupun customer service. Sekadar pandangan peribadi dan ulasan saya saja..

Lagi satu, orang yang lahir dalam bulan Mac juga dikatakan manusia yang mengenang budi. So, kalau nak pilih kawan, pilihlah yang lahir dalam bulan Mac. Betul tak?

Sikap dan personaliti yang negatif orang lahir bulan Mac


Rahsia Personaliti Orang Lahir Bulan Mac

Berbalik kepada sikap negatif pula.. orang yang lahir dalam bulan Mac dilihat terlalu manja. Mereka sukakan pujian hingga adakala pujian boleh melalaikan mereka. Berhati-hatilah jika anda mempunyai personaliti seperti ini. Takut nanti makan diri sendiri.. sebab bukan semua orang suka dengan sikap sedemikian.

Mengikut kajian Dr Fadzilah Kamsah lagi, orang yang lahir dalam bulan Mac cenderung untuk bersikap pendendam. Depan anda mungkin dia buat-buat lupa, tetapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Bagi saya, jika ada sikap atau personaliti seperti ini, baik perbaiki kerana berdendam boleh menjadikan kita cepat tua. Lagipun tak baik untuk kesihatan.

Orang yang lahir dalam bulan Mac juga dikatakan seorang yang terburu-buru dalam memilih pasangan. Ada betul juga ni,, sebab macam kena dengan orang yang dekat dengan saya.. hihi

Akhir kata, ada yang cakap orang lahir bulan Mac amat pemendam rasa dan sangat pemalu. Sikap malu bagus bila kena tempatnya tapi jika keterlaluan tak bagus pula, kan. Nanti satu apa pun dia tak boleh move forward. Itu tak bagus..

Segala perkongsian dan pandangan di atas adalah tulisan saya secara peribadi dan tiada kena mengena dengan pandangan orang lain. Jadi anggap saja apa yang ditulis sebagai satu informasi santai yang mungkin dapat menambahkan ilmu anda.

Mungkin ada sikap yang positif atau negatif dalam diri anda daripada hasil kajian di atas. Tetapi anggaplah segala kekurangan sebagai sumber inspirasi kepada anda untuk mengubahnya menjadi lebih baik dan sesuai dengan karekter anda.

Semua orang ada nilai baik dalam diri mereka. Maka keluarkanlah ia.. semoga aura kebaikan sentiasa mendampingi anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close