Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Sebenar Kenapa Allah Letakkan Solat Subuh Berjemaah Adalah Solat Yang Paling Tinggi?

Rahsia Sebenar Kenapa Solat Subuh Adalah Solat Yang Paling Utama? Kenapa Allah SWT letakkan solat subuh adalah solat yang paling tinggi. Kenapa solat subuh berjamaah adalah solat yang paling utama? Nanti kita baca penjelasannya di bawah..

Dalam al Quran ada Allah bersumpah dengan solat subuh,
“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (QS. Al Isra: 78)

Rahsia Sebenar Kenapa Allah Letakkan Solat Subuh Berjemaah Adalah Solat Yang Paling Tinggi?

Rahsia Sebenar Kenapa Solat Subuh Berjemaah Adalah Solat Yang Paling Utama?


Sumber: TANYALAH USTAZ TV9
Tarikh: 5.3.2018
(Da'i Hakim&Ustaz Halim Din)

CAHAYA DALAM KEGELAPAN SUBUH

Tajuk untuk kita merenungi apakah kita berada dalam kegelapan atau ada cahaya yang menerangi.
Allah bersumpah dengan waktu subuh, bermula terbitnya fajar hingga terbit matahari.
Daripada waktu gelap kepada waktu siang.
Waktu sembahyang telah ditetapkan iaitu 5 waktu yg wajib ditunaikan.

SOLAT YANG PALING TINGGI DAN AGONG ADALAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH, APAKAH HIKMAH ALLAH LETAKKAN SOLAT SUBUH YANG PALING TINGGI?

Waktu subuh adalah waktu yg singkat tapi disitu dihimpunkan pahala bagi mereka yg mendirikan ibadat.

Nabi bersabda sesungguhnya solat isyak secara berjemaah mereka seolah~olah beribadat separuh malam dan mereka yang mendirikan solat subuh berjemaah seolah~olah  mereka mendirikan ibadat sepenuh malam.

Kelebihan waktu subuh sesungguhnya solat subuh itu disaksikan oleh para malaikat.
Allah nak beri banyak pahala dan mudah-mudahan hati kita menjadi cerah.

BAGI ORANG LELAKI BESAR PAHALA SOLAT SUBUH BERJEMAAH DAN BAGAIMANA WANITA NAK CARI PAHALA UTK GANJARAN YG SAMA DAN APAKAH HAMPIR² SUBUH MASIH DITERIMAKAH SOLAT TAHAJJUD?

Eloklah bagi lelaki solat jemaah di masjid.
Jangan larang wanita ke masjid tapi solat wanita yang terbaik adalah di rumah.

Sesekali bolehlah solat jemaah di rumah bersama anak-anak dan isteri.

Jangan jadikan rumah seperti kubur kerana tak bersolat jemaah dan tak baca Al~Quran.

Kita bangun tidur, kita rasa syukur dan ditambah lagi rasa syukur dgn mendirikan solat subuh berjemaah.

Boleh solat sunat tahajjud walaupun tinggal 2 minit lagi nak masuk solat subuh.

APAKAH KEEBIHAN SOLAT SUNAT FAJAR?

Solat sunat fajar/solat sunat subuh sebelum solat subuh (setelah azan berkemunandang) 2 rakaat kelebihannya lebih baik dari dunia dan seisi dunia.
2 rakaat sahaja, tak baca surah pun tak apa, cukup dengan baca Al~Fatihah tapi nak lebih baik bacalah surah.

BAGAIMANA AMALAN SEBELUM TIDUR SUPAYA SENANG BANGUN SUBUH?

Yang baiknya sebelum tidur kita ada niat nak bangun qiammulail.

Langkah terbaik sebelum tidur ialah berwuduk, baca doa tidur, baca sedikit ayat Al~Quran (surah Al~Mulk) untuk menerangi kubur, boleh juga amalkan surah Yasin sebelum tidur.

Jika kita ada niat nak bangun tengah malam, bangunnya itu dalam keadaan ikhlas.
Keikhlasan itu telah terzahir kerana bangun solat malam dan sambung pula solat subuh.

ORANG YANG SUDAH MENJADI AMALAN KE MASJID/SURAU DALAM KEADAAN GELAP, INILAH WAKTU YANG IKHLAS.


BERILAH KHABAR GEMBIRA PADA ORG YG BERJALAN DALAM KEGELAPAN KE MASJID,DI HARI AKHIRAT MEREKA AKAN DAPAT CAHAYA YANG TERANG BENDERANG.



Solat subuh itu gelap, infaknya akan bercahaya baginya di hari akhirat.

Kita nak terang di dunia dan nak terang juga di akhirat.

APAKAH HIKMAH PENAMBAHAN PADA AZAN SUBUH(Solat lebih baik daripada tidur) DAN APAKAH SAMA SOLAT BERSAMA KELUARGA DI RUMAH DGN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID?

Azan yang berkumandang mengemparkan alam yang sunyi.
Allah akan mengazab orang yang tak bangun solat subuh.
Isteri atau suami kejutlah anak-anak bangun solat subuh.
Solat berjemaah di rumah tidak mengurangi solat jemaah di masjid (dapat pahala yang sama).
Allah tak kedekut beri pahala.
Bila bersama anak² itulah cara menghidupkan dgn amalan sunnah.
Isteri nak juga pahala jemaah,bolehlah sesekali solat berjemaah di rumah.
Lepas solat suami bolehlah buat taskirah sedikit walaupun 5minit.
Mudah²an inilah keluarga bahagia.

BAGAIMANA NAK KEKAL ISTIQAMAH SOLAT SUBUH BERJEMAAH DI MASJID?

Dimana sahaja solat tetap solat,tak boleh ditinggalkan.
Nabi tak tinggal solat berjemaah. Nabi pernah nak bakar rumah orang yang solat tak berjemaah.

ANTARA TANDA ORANG BERIMAN DENGAN ORANG MUNAFIK ADALAH BERAT NAK MELAKUKAN SOLAT SUBUH DAN ISYAK.

Bila kita ingat neraka, kita akan rasa takut dan kita tak akan tinggalkan solat subuh dan solat-solat fardu yang lain.

BUAT SOLAT SUBUH AKAN MEMUDAHKAN BUAT SOLAT² LAIN.
BERSAKSILAH ORG YG SOLAT SUBUH BERJEMAAH,MEREKA ITU ORG YG BERIMAN.
WALAUPUN SOLAT BERJEMAAH ITU SUNAT TAPI NABI TAK PERNAH TINGGAL SOLAT BERJEMAAH.

BAGAIMANA NAK JADIKAN SOLAT JEMAAH SUBUH SAMA RAMAI DENGAN SOLAT JUMAAT?

Kita digeruni oleh musuh kita jika solat jemaah subuh kita sama ramai dengan solat Jumaat.

Untuk nak jadikan solat jemaah subuh sama dgn solat Jumaat, kita memerlukan kekuatan iman dan kekuatan rohani.

BILA ADA SATU MASJID DAN TAK MENDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH, SELURUH KAMPUNG AKAN MENANGGUNG.

Kadang² satu kampung hanya 1% org yg solat subuh berjemaah.
Mereka yg tidak solat subuh dan isyak, inilah penyakit hati org munafik.
Org yg solat subuh berjemaah mereka dapat jaminan pelindungan dari Allah.

SEBELUM SUBUH DI MEKAH, ADA AZAN SEBELUM SUBUH, AZAN APAKAH ITU?

Di Mekah ada azan pertama.
Azan itu untuk mengejutkan kita utk buat persiapan dan untuk buat qiamulai atau buat solat tahajjud.
Sunnah bangun azan yang pertama.
Jangan panik bila dengar azan sebelum subuh.
Bangun dan buatlah persiapan.

BANYAK KELEBIHAN WAKTU SUBUH.
ALLAH AKAN TURUN KE BUMI DI SETIAP MALAM KERANA ALLAH NAK DENGAR DOA HAMBANYA,ALLAH NAK DENGAR DOA ORG YG MEMINTA,ALLAH NAK DENGAR ORG YG BERISTIGHFAR.
MEREKA YG BANGUN MALAM UTK BERIBADAT IKHLAS KERANA ALLAH,MEREKA ITU TELAH BERJIHAD MELAWAN NAFSU TIDUR MEREKA.
WAJAH MEREKA AKAN BERSINAR DAN WAJAH BERCAHAYA BERSERI.
MEREKA YG TAK BANGUN SOLAT SUBUH, MEREKA SUKAR DAPAT PERTOLONGAN ALLAH DAN SUKAR DAPAT SYAFAAT NABI.

BOLEHKAH KITA BUAT SOLAT SUNAT DI RUMAH?

Nabi banyak solat sunat di rumah dan solat fardu berjemaah di masjid.

APA JUGA KEBAIKAN YANG KITA BUAT, ITULAH PERSIAPAN UTK KITA DI HARI AKHIRAT.

CAHAYA ITU NUR YANG MEMBAWA PETUNJUK KE JALAN ALLAH.
ALLAH BERI PETUNJUK KEPADA SEMUA MANUSIA DAN HANYA SEBAHAGIAN MEREKA YG BERSYUKUR.
JALAN YG BAIK ADALAH JALAN YG DIBAWA OLEH PARA NABI.
MUDAH²AN HIDUP KITA BERKAT DAN MEMBAWA RAHMAT.

Semoga perkongsian tazkirah di atas menjadikan kita hambaNya yang semakin baik dan bertambah ilmunya dalam usaha menjadi hamba yang diredhai.

Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close