Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Belacan Belimbing Buluh Yang Sedap

Resepi Sambal Belacan Hijau Belimbing Buluh Yang Sedap. Tadi saya makan sambal belimbing buluh di salah satu warung kegemaran saya. Sekali pandang macam peria tumis pedas, dua kali pandang rupa-rupanya ia adalah sambal belacan belimbing buluh. Rasanya.. mmm..  ada masam dan sedikit manis. Dan yang penting pedasnya tu.. secukup rasa.

Resepi Sambal Belacan Belimbing Buluh Yang Sedap

Resepi Sambal Belacan Belimbing Buluh Yang Sedap


Bahan-bahan:

20 tangkai cili padi - tumbuk
sedikit belacan bakar ( sebesar 50 sen) - tumbuk
1/2 labu bawang besar - tumbuk
Belimbing buluh secukupnya ~ di hiris atau biarkan seketul-seketul
garam dan gula secukup rasa - tumbuk
Perahan air limau nipis

Cara Buat Sambal Belacan Hijau Belimbing Buluh Yang Sedap


1. Tumbuk semua bahan yang disebutkan hingga lumat.

2. Kemudian goreng sekejap dalam sedikit minyak.

3. Baru masukkan belimbing buluh tadi. Gaul rata dan perisakan. Kalau rasa masam sikit, letak gula.

4. Akhir sekali perah air limau nipis, ikut citarasa.

 

Ni lah gambaran sebenar sambal belacan belimbing buluh yang masam tapi sedap. Masih terasa masamnya tu.. 


Kalau nak lembutkan belimbing buluh, boleh juga letak atas nasi yang sedang ditanak. Tak perlu lama-lama, cuma dua hingga 3 minit je..

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close