Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Segmen Azahrahman : Aku Seorang Blogger

Segmen Azahrahman : Aku Seorang Blogger. Alhamdulillah.. masih panjang umur hari ni. Masih sempat update blog lagi. Dalam kesempatan yang terbatas ini, saya join segmen dari blogger Azah Rahman dalan usaha untuk naikkan semula PV blog yang telah jatuh merundum kerana serangan virus.

Semoga pada masa mendatang blog Rasa & Tips akan terus relevan dalam carian Google. Jika anda rasa nak follow blog dan page saya dipersilakan. Insyaa Allah blog rasa dan tips akan konsisten menulis tentang resepi, parenting, petua, motivasi dan panduan umum.

Oh ya, segmen Aku Seorang blogger berlangsung sehingga 30 Mac 2018. Jom join ramai-ramai dear.. 
Segmen Azahrahman : Aku Seorang Blogger
Segmen Azah Rahman

Segmen Azahrahman : Aku Seorang Blogger


Aku seorang blogger - ya, saya memang seorang blogger. Berblog umpama satu terapi, bila ada sesuatu benda yang nak dikongsikan.. bloglah tempatnya.


Bila blog ditubuhkan?


Blog ini telah ditubuhkan sejak tahun 2011, secara rasmi. Kalau tak rasmi mungkin sekitar tahun 2010 agaknya. Dah lupa. Dulu bermula dengan nama aynoranur.blogspot.com. Kemudian tukar domain dengan nama www.aynoranur.com. pada tahun 2011 november, domain lama lupa nak renew, dah tak boleh guna. Daftar domain www.aynorablogs.com pulak. Domain yang ni bertahan sampai 20 Feb 2018. Kena serangan virus. Last sekarang ni pakai domain www.rasadantips.com. Panjang pula sejarahnya ya??

Maksud tersendiri nama blog dan url blog


Maksudnya mudah saja. Rasa Dan Tips ~ gabungan resepi dan panduan kekeluargaan dan umum untuk semua. Yang penting sebar-sebarkan kebaikan..

Ceritakan pahit manis sebagai seorang blogger


Pahitnya sebagai seorang blogger bila blog asyik kena attack dengan virus. Jadi hilang semua semangat.

Manisnya sepanjang berblog adalah ketika iklan adsense boleh jana income dekat RM4,000 sebulan. Dan dapat penghasilan secara konsisten setiap bulan.

Nasihat kepada blogger lain


Saya nak nasihat pun saya bukanlah blogger handalan. Cuma macam biasa saya nak pesan.. tulislah sesuatu yang membahagiakanmu di akhirat nanti. Jangan jadi batu api dalam penulisan blog anda. Belajar terima nasihat orang lain dengan lapang dada.

Semoga kita semua menjadi blogger dan insan yang cemerlang di dunia hingga akhirat.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close