Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Siapakah Wanita Yang Paling Baik?

Siapakah Wanita Yang Paling Baik? Setiap wanita mahu menjadi terbaik dalam apa saja yang dilakukannya. Samada dalam bidang kerjaya dan hidup berkeluarga ataupun sebagai seorang individu kepada individu yang lain. Siapa pula mahu dipandang hina dan tidak diendahkan akan kehadirannya. Betul tak?

Bercita-cita menjadi wanita yang baik adalah azam setiap wanita terutamanya selepas mendirikan rumahtangga. Justeru itu, untuk menjadikannya satu kenyataan ia memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Bagi anda yang telah melaluinya.. bertabahlah untuk menggapai gelaran wanita terbaik ini.

Siapakah wanita yang paling baik…?


Siapakah Wanita Yang Paling Baik?

Siapakah wanita yang paling baik? Jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci.” (HR. An-Nasai dan Ahmad)

Abdullah bin Abbas radhiallahuanhu, berkata :
“Sesungguhnya aku selalu berhias untuk isteriku seperti berhiasnya dirinya untukku.”

KEUTAMAAN WANITA


1. Doa seorang isteri yang taat memiliki kekuatan 70 wali

2. Isteri yang membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 kali khatam al Qur'an.

3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunah dan dimakan suami berserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yang memakan masakannya menjadi do'a yang diijabah.

4. Isteri yang membangunkan suami untuk solat atau mengingatkan solat berjamaah di masjid pahalanya 27+1 banyaknya

5. Isteri yang kelelahan bangun malam kerana anaknya minta susu sama dengan pahala 70 kali haji mabrur

6. Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 200 kali solat khusyu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

7. Burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keredhaan suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil sollatnya dua rakaat adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun solat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yang menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengkhabarkan berita bahawa SYURGA wajib bagi nya".

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa-dosanya.

14. Apabila ia membaca pada hari pertama keluar haid :

الحمدلِلّٰهِ على كل حال وأستغفر ﷲ من كل ذنب

 "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dari jahanam, shirat & adzab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dengan pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir.

SUBHANALLAAH... betapa sayangnya Allah SWT terhadap kaum wanita.

Dan semoga kita mendapat pasangan hidup yang soleh dan solehah

#Amin_Yaa_Robbal_Aalamin

Maka, khabarkan berita gembira ini kepada para wanita dan isteri di luar sana. Jika ada orang yang menerima dan mengamalkannya, mengajarkan pada orang lain, anda akan menimba pahala sebagai ilmu yang bermanfaat.

Bagi para lelaki, semoga anda mendapatkan istri solehah penyejuk mata penenang hati.

Dan yang perempuan boleh menjadi wanita yang solihah dan istri yang baik buat suaminya.

Amiiin ...

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. semoga kita semua diredhai Allah S.W.T dan menjadi menyejuk hati suami :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close