Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri. Sotong masak sambal. Saya guna sotong kembang, yang besar saiznya dan warna coklat cair tu. Beli sebelah badan dua atau 3 ketul pun dah harga RM9 lebih. Kalau satu ekor mesti cecah RM30 kut harganya..
Pernah dulu kita orang makan kat restoran, terambil 3 potong sotong kembang ni, kena charge dekat RM11 campur sayur. Nak kata apa, takkan nak pulang balik. Redha je lah.. makan sampai polesterine pun kita orang makan.. haha
Tak tahu sotong kembang tu macam mana? Meh tengok gambarmya di bawah ni..
Bahan-bahan:
3 keping sotong kembang - hiris kecil ikut suka
10 tangkai cili kering - rebus dan kenudian kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Sedikit kunyit - kisar
Air asam jawa
Gula dan garam
1 biji bawang besar - hiris bulat untuk perhiasan
7 biji tomato ceri - sebagai perhiasan
Minyak untuk menumis
1. Tumiskan bahan kisar tadi. Hingga naik bau.
2. Masukkan sotong kembang anda. Biarkan seketika hingga masak.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi. Biarkan sehingga layu. Masukkan tomato ceri.
4. Perisakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri
Bahan-bahan:
3 keping sotong kembang - hiris kecil ikut suka
10 tangkai cili kering - rebus dan kenudian kisar
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Sedikit kunyit - kisar
Air asam jawa
Gula dan garam
1 biji bawang besar - hiris bulat untuk perhiasan
7 biji tomato ceri - sebagai perhiasan
Minyak untuk menumis
Cara menyediakan sambal sotong dan tomato ceri yang sedap
1. Tumiskan bahan kisar tadi. Hingga naik bau.
2. Masukkan sotong kembang anda. Biarkan seketika hingga masak.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi. Biarkan sehingga layu. Masukkan tomato ceri.
4. Perisakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.
Inilah menu yang sempat dimasak hari ni sebelum pergi kerja. Bila dah siap masak sambal sotong dengan kobis goreng dengan fish cake, lega rasa hati. Sebab tengahari ada anak nak balik sekolah, sempat makan sebelum masuk sekolah agama.
Semoga ada yang boleh masak sambal sotong ni untuk keluarga tersayang.
Semoga ada yang boleh masak sambal sotong ni untuk keluarga tersayang.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.