Tips Penjagaan Kereta Agar Tahan Lama. Saya nak share sikit tentang tips jaga kereta agar tahan lama. Sebelum ni tak berapa yakin nak share sebab tak ada pengalaman sendiri. Biasanya encik suami yang uruskan. Tapi sejak saya miliki kereta sendiri iaitu Black Knight - panggilan manjanya.. saya dah ambil tahu pasal kereta.
Kenapa saya namakan Black Knight? Sebab.. warnanya yang hitam. Kedua.. saya suka cerita korea yang berjudul Black Knight~! Kiranya kerana minat drama korea lah maka datangnya nama Black Knight.
Oh ya.. tips penjagaan kereta ni khas untuk mereka yang baru dapat lesen kereta. Ada tampal pelekat "P" pada kereta. Haha.. yang dah expert bawa kereta beratus tahun tak payah lah baca.. hihi
Inilah black knight saya.. haha..
Hari ni saya pergi hantar cuci kereta ni. Kekerapan hantar cuci kereta lebih kurang 2 minggu sekali. Kalau tak berapa comot, saya hantar cuci 3 minggu sekali.
Proses mencuci kereta sedang berjalan.. pakej yang saya ambil murah je, wash dan vacuum. Tak mahal pun. Kalau rajin boleh cuci sendiri untuk kereta lebih tahan lama..
Jadi, nak kereta anda tahan lama.. kena rajin cuci kereta. Jaga kebersihan kereta luar dan dalam. Barulah kereta kita tahan lama.
Selain tu, servis kereta ikut masa yang ditetapkan. Contohnya kalau kereta baru, ikut kilometer atau tempoh yang disarankan oleh penasihat jualan kereta anda. Adakah setiap 3,000 km, atau sebulan digunakan.. atau pada kadar 10,000 km atau sebagainya. Kena ikut jadual servis tu ya. Insyaa Allah.. kereta anda tahan lama.
Lagi satu tips penjagaan kereta, sewaktu memandu.. jangan pakai belasah je bonggol jalan atau lubang.. nanti kereta cepat rosak. Perlahankan kenderaan sewaktu langgar bonggol dan sebagainya.
Ada banyak lagi tips penjagaan kereta tahan lama. Antaranya, selalu periksa tayar kenderaan anda. Terutama bila kereta dah rasa berat dan tak seimbang. Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Banyak lagi tips boleh anda baca. Dapatkan maklumat yang tepat dengan nasihat orang yang pakar dalam bab kereta. Okay!~
Semoga bermanfaat.
Black knight saya..
Kenapa saya namakan Black Knight? Sebab.. warnanya yang hitam. Kedua.. saya suka cerita korea yang berjudul Black Knight~! Kiranya kerana minat drama korea lah maka datangnya nama Black Knight.
Oh ya.. tips penjagaan kereta ni khas untuk mereka yang baru dapat lesen kereta. Ada tampal pelekat "P" pada kereta. Haha.. yang dah expert bawa kereta beratus tahun tak payah lah baca.. hihi
Tips Penjagaan Kereta Black Knight Saya Agar Tahan Lama
Inilah black knight saya.. haha..
Hari ni saya pergi hantar cuci kereta ni. Kekerapan hantar cuci kereta lebih kurang 2 minggu sekali. Kalau tak berapa comot, saya hantar cuci 3 minggu sekali.
Jadi, nak kereta anda tahan lama.. kena rajin cuci kereta. Jaga kebersihan kereta luar dan dalam. Barulah kereta kita tahan lama.
Selain tu, servis kereta ikut masa yang ditetapkan. Contohnya kalau kereta baru, ikut kilometer atau tempoh yang disarankan oleh penasihat jualan kereta anda. Adakah setiap 3,000 km, atau sebulan digunakan.. atau pada kadar 10,000 km atau sebagainya. Kena ikut jadual servis tu ya. Insyaa Allah.. kereta anda tahan lama.
Lagi satu tips penjagaan kereta, sewaktu memandu.. jangan pakai belasah je bonggol jalan atau lubang.. nanti kereta cepat rosak. Perlahankan kenderaan sewaktu langgar bonggol dan sebagainya.
Ada banyak lagi tips penjagaan kereta tahan lama. Antaranya, selalu periksa tayar kenderaan anda. Terutama bila kereta dah rasa berat dan tak seimbang. Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Banyak lagi tips boleh anda baca. Dapatkan maklumat yang tepat dengan nasihat orang yang pakar dalam bab kereta. Okay!~
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.