Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apabila Hati Tiada Hubungan Dengan Allah

Apabila Hati Tiada Hubungan Dengan Allah. Apa yang kita rasa? Adakah kita akan tahu bersyukur, nenghargai pertolongan Allah. Adakah kita akan bersangka baik dengan Allah? Bila hati tak ada hubungan dengan Allah.. kita akan rasa apa yang kita dapat, apa kesusahan dan kesenangan yang ditanggung datangnya dari orang sekeliling, datangnya dari usaha sendiri. Bukan dari Allah. Kita sangka kita selamat dalam perjalanan yang juh kerana kita cekap memandu tetapi sebaliknya kita tak sedar kita selamat ke destinasi kerana Allah yang izinkan. Tanpa kuasa dan kudratNya, kita tak sampai ke mana-mana. Fikirkanlah dengan luas.. dengan mata hati, dengan iman. Jangan terlalu angkuh dan sombong hingga lupa siapa yang menciptakan kita.

Apabila Hati Tiada Hubungan Dengan Allah

Bila Hati Tiada Hubungan Dengan Allah 


MATA HATI TIDAK NAMPAK ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan sakit kita melalui ikhtiar ubat dan doktor, kita nampak doktor dan ubat yang menyembuhkan, kita tak nampak ALLAH yang berkehendak menyembuhkan.

Bila ALLAH membuatkan kita berjaya dalam pelajaran melalui kepandaian kita, kita nampak betapa pandainya kita, kita tak nampak ALLAH yang memberi kejayaan untuk kita.

Bila ALLAH beri kita pekerjaan yang baik dan selesa melalui kecemerlangan kita dalam bidang yang diceburi, kita nampak hasil kecemerlangan kita, kita tak nampak ALLAH yang mengizinkan.

Bila ALLAH memberi kekayaan (harta) melalui hasil usaha gigih kita, kita nampak kegigihan kita, kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH beri kita pasangan hidup yang soleh solehah dan keluarga yang bahagia, kita nampak kita ni yang baik, soleh. Kita tak nampak ALLAH yang mengizinkan situasi begitu.

Bila ALLAH mengeluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia atau makhluk ALLAH sekeliling, kita nampak baiknya manusia atau makhluk tersebut, kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata di dunia melalui asbab kelebihan kita, kita nampak kehebatan kita. Kita tak nampak ALLAH.

Bila ALLAH beri segala jenis nikmat yang tak pernah diminta membayarnya dan tak terhitung. Kita hanya nampak indahnya nikmat tersebut. Kita tak nampak ALLAH.

Begitulah sifat manusia, mata hati kita sentiasa kabur dan buta dengan duniawi. Kita angkuh dan sombong untuk melihat ALLAH lah Yang Maha Mencipta dan Berkuasa di atas setiap kejadian.

Hakikat hidup ini adalah:

Kita datang dari ALLAH,
Untuk ALLAH,
Kepada ALLAH pula kita akan dikembalikan.

"Semoga mata hati kita bersih untuk nampak ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dalam setiap aspek kehidupan kita.
Allahumma Solli Ala Muhammad Wa.Aali.Muhammad
Wallahu A'lam

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close