Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Mudah Dan Cepat Blog Terindex Oleh Google

Cara Mudah Dan Cepat Blog Terindex Oleh Google. Anda ada blog baru yang nak cepat diindex oleh Google? Tentulah kita suka bila blog baru dah boleh di index oleh Google kerana bila blog berjaya diindex, pageview blog meningkat sedikit demi sedikit. Pasti menggembirakan kita bila blog dah boleh life di Google Search Engine..

Blog baru yang diindex oleh Google Search agak makan masa jugak, antara 1 hingga tiga bulan. Tapi dengan syarat sentiasa tulis entry walau tak ada pembaca. Pada pengalaman saya, blog baru yang ada banyak entri, sekurang-kurangnya lebih 100 post publish.. lebih mudah di index oleh Google. Ini bagi blogger biasa yang tak pandai SEO macam saya.

Cara Mudah Dan Cepat Blog Terindex Oleh Google


Cara Mudah Dan Cepat Blog Terindex Oleh Google

1. Header blog - pendek dan menarik

2. Ping blog di webmaster tools - submit sitemap

3. Link building antara entry dalam blog - guna related post widget pun bagus jugak

4. Ping entri dalam FB Page anda - ya, kena ada page FB yang sama nama dengan blog anda. Lebih mudah diindex oleh Google.

Bagi blog Rasa Dan Tips ini, saya daftar domain baru pada bulan Februari. So, start bulan Mac seterusnya saya sentiasa menulis entry setiap hari. Bila masuk bulan Mei, pageview blog saya meningkat. Kalau biasa sehari dapat PV lebih kurang 2,500.. bila masuk bulan Mei, PV blog sehari boleh cecah lebih 10,000 PV. Boleh lah jadi pemangkin semangat untuk terus berblog. Ketika blog menerima PV bawah 1K sehari, saya bisik pada diri sendiri.. (tak mengapa.. buat je, jangan berhenti. Bila ada rezeki dan tiba masanya.. pasti Allah beri apa yang kita perlu.)

Cara Mudah Dan Cepat Blog Terindex Oleh Google
Contoh peningkatan PV,blog
Alhamdulillah...

Kini blog Rasa Dan Tips saya kembali bernafas dan menerima PV yang tinggi saban hari.

Jadi, pokok pangkalnya adalah minat. Jika ada minat.. blog anda tak akan berkubur walau tak ada pembaca. Kedua, nak maintain blog kena ada ilmu. Ilmu yang baik-baik laa.. hihi

Nota: 
Blog ini dahulunya dikenali sebagai aynorablogs.com.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close