Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Mohon Hidayah Dan Istiqamah Dalam Agama

Doa Mohon Hidayah Dan Istiqamah Dalam Agama. Kita digalakkan untuk selalu memohon diberikan taufik dan hidayah Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Sebab.. jika Allah tak beri hidayahNya, kita pun tak nampak jalan yang benar dan lurus. Sebab itu, dalam solat ada rukun baca al Fatihah. Dalam surah al fatihah yang kita baca setiap hari, kota bermohon kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang lurus. Jadi, bacalah al Fatihah dengan khusyuk dan faham ertinya setiap ayat demi ayat.

Jadi seorang hamba janganlah sombong. Sangka kita dah cukup baik dalam setiap amalan dan ibadah kepadanya. Sedangkan hati itu berbolak balik sifatnya. Justeru untuk istiqamah dalam agama.. sentiasalah bermohon dan berdoa kepada Allah agar kita diberikan kekuatan untuk istiqamah berada di atas jalannya. Mengangkat agama dalam setiap tindak tanduk kita. Insyaa Allah.. sama-sama kita berusaha ke arah itu. Jangan pernah menyerah kalah.

Doa Mohon Hidayah Dan Istiqamah Dalam Agama

DOA MEMOHON HIDAYAH ALLAH


Bacaan doa memohon hidayah Allah..

اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ

“Berilah kami petunjuk kepada jalan yang lurus.” (al-Fatihah: 6)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon selalu dari-Mu hidayah, takwa, sikap ‘iffah, dan kekayaan.” (HR. Muslim no. 4898)

DOA MEMOHON ISTIQAMAH


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً   ۚ  اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

“Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia).” (Ali Imran: 8)

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan kalbu, tetapkanlah kalbuku di atas agama-Mu.” (HR. at-Tirmidzi no. 2140)

Semoga perkongsian doa ini memberi kita ilmu baru untuk diamalkan dalam kehidupan setiap hari. Benda yang baik dan kita tahu mengenainya.. maka amalkanlah agar kita beroleh manfaat.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close