Ramadan Yang Istimewa Datangnya Setahun Sekali. Kenapa saya katakan ramadan adalah bulan yang istimewa. Kenapa kita tertunggu-tunggu datangnya ramadan. Kerana.. sepanjang ramadanlah kita boleh kenal diri kita. Kita boleh nampak warna sebenar iman kita. Syaitan kan dikurung.. kalau kita tetap jahat dan tak berubah sepanjang ramadan, bermakna yang tak baik adalah diri kita bukan disebabkan hasutan syaitan. Pada bulan ramadan lah banyaknya kita boleh mendapat pahala atas setiap perbuatan baik kita dan Allah gandakannya pula. Tak nak ke rebut keistimewaan dalam bulan ramadan ni..
Seharusnya dalam bulan ramadan, kita hentikan segala maksiat dan perkara tak berfaedah. Bukan sebaliknya.. semakin datangnya ramadan kita berbangga dengan segala kerosakan dan keangkuhan yang kita lakukan kepada insan lain. Rebutlah peluang setahun sekali yang Allah bagi. Refresh balik iman kita. Kukuhkan benteng taqwa.
Kerana ramadan adalah bulan yang istimewa, bulan kegembiraan dan mengumpul pahala yang mudah, maka saya kongsikan sebuah manifesto ramadan yang begitu menarik.
MANIFESTO RAMADHAN
~ Pintu SYURGA dibuka, ditutup pula pintu NERAKA
~ DIJAUHKAN dari api NERAKA
~ Beroleh 2 KEGEMBIRAAN iaitu sewaktu berbuka dan semasa berjumpa Tuhannya
~ Doa sangat MUSTAJAB
~ DIAMPUN segala dosa yang lalu
~ Segala AMALAN pahalanya berganda-ganda
PERISAI dari api NERAKA
~ Masuk ke dalam syurga melalui pintu khusus (AR-RAYYAN)
~ Ada SOLAT TERAWIH pada malamnya
~ Ada satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan (LAILATUL QADAR)
MANIFESTO RAMADHAN ini offer dari Allah setahun sekali je. Semoga kita ada ruang masa baca sebentar dan fikir sejenak sebagai persediaan menuju Ramadhan.😁
Tentu anda semua ada impian ramadan yang anda ingin capai. Saya pun macam anda, sebelum tiba ramadan.. macam-macam saya plan. Nak buat itu dan ini. Tapi kadang kala iman manusia ni senipis kulit bawang. Ada turun dan naiknya. Saya cuma mahu istiqamah membaca al Quran setiap hari, cuba melakukan sedekah setiap hari, dan kalau boleh nak buat terawih setiap malam dalam bulan ramadan ni..
Dan, dalam senarai impian itu.. saya mohon kepada Allah SWT agar memberikan saya dan keluarga kesihatan yang terbaik untuk memperoleh kemenangan yang hakiki dan dapat melaksanakan ibadah dalam bulan ramadan dengan sempurna dan lebih baik dari sebelum ini.
Rindu ramadan yang hening.. ❤❤❤

Ramadan Yang Istimewa Datangnya Setahun Sekali

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.