Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Cili Api Petai. Ikan keli goreng antara ikan kesukaan saya. Tapi anak-anak kurang suka. Encik suami layan je.. tak kisah. Tak memilih. Ikan keli goreng dimasak dengan cili padi petai. Memang awesome dik..
Walau saya tak berapa makan petai, saya tak kisah. Sesekali pekena apa salahnya. Kalau nak masak sambal cili padi bersama ikan, anda kena sesuaikan ikan apa yang nak di padankan. Kalau ikan kerisi atau ikan tongkol, macam tak sesuai.. kurang naik rasanya. Kalau ikan selar atau kembung, itu pasti lebih menyengat dan kaw. Hihi.. tapi citarasa terpulang pada diri masing-masing..
Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
Bahan-bahan:
- ikan keli 5 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan keli hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
Resepi ikan keli goreng sambal cili api petai antara hidangan yang mudah disediakan. Kalau tak nak pedas, boleh kurangkan jumlah cili padi yang anda nak guna. Petai yang masih segar dan rangup menimbulkan rasa yang tersendiri bila dimakan dengan ikan keli dan nasi putih panas. Wow!!

Gambar hiasan |
Resepi Ikan Keli Goreng Sambal Cili Api Petai
Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.
Bahan-bahan:
- ikan keli 5 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)
Cara-cara memasak ikan keli goreng sambal cili api petai
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan keli hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!
Resepi ikan keli goreng sambal cili api petai antara hidangan yang mudah disediakan. Kalau tak nak pedas, boleh kurangkan jumlah cili padi yang anda nak guna. Petai yang masih segar dan rangup menimbulkan rasa yang tersendiri bila dimakan dengan ikan keli dan nasi putih panas. Wow!!
2 Comments
Menarik...x pernah cuba letak petai..biasa buat sambal merah atau goreng berlada je..nanti nak cuba plak la..
ReplyDeleteInsyaa Allah, sedap SA. Jangan tk cuba ya ..
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.